• Kemaskini :18-10-2018.

Unit Penguatkuasaan Farmasi

Penguatkuasaan Farmasi berperanan untuk memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik dalam pasaran adalah sah dari segi pendaftaran dan notifikasi. Ia juga berfungsi untuk memastikan bahawa pengendalian rangkaian bekalan dan pemasaran, iklan-iklan produk tersebut (termasuk juga perkhidmatan perubatan) dan penggunaannya dikendalikan dengan mematuhi peruntukan undang-undang yang terlibat. Usaha ini dilakukan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pencegahan, kawalan melalui pelesenan, aktiviti pemantauan dan juga aktiviti peningkatan kesedaran pengguna untuk menurunkan permintaan terhadap produk yang tidak selamat atau membahayakan.

OBJEKTIF

  • Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang dikendalikan dan digunakan adalah sah, selamat, berkesan dan berkualiti.
  • Memastikan perkhidmatan dan tindakan undang-undang yang dilaksanakan adalah cekap dan adil.
  • Memastikan ahli-ahli farmasi berkhidmat secara beretika dan professional.
  • Memastikan maklumat mengenai ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan yang disiarkan kepada orang ramai mematuhi akta-akta dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan.
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang faedah penggunaan ubat-ubatan yang berdaftar.
  • Memastikan kerjasama dan persefahaman yang erat dibina bersama agensi penguatkuasaan, pihak yang dikawal dan orang awam secara keseluruhannya.

 

Unit-unit


Risikan dan Operasi

  • Menjalankan risikan berdasarkan maklumat yang diterima.
  • Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang produk-produk tidak berdaftar, dan juga kosmetik yang tidak bernotifikasi.
  • Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang racun, bahan psikotropik, bahan kimia dan ubat-ubat terkawal yang beroperasi tanpa lesen yang sah.
  • Memantau iklan yang disiarkan melalui media cetak dan elektronik bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada dipatuhi.


Pelesenan dan Kawalan di Pintu Masuk

  • Memproses lesen/permit merangkumi aktiviti penjualan, penggunaan, pengimportan dan pengeksportan bagi racun, dadah berbahaya, bahan psikotropik,bahan terkawal dan bahan kimia prekursor.
  • Menyelaras dan menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang dilesenkan di bawah Akta yang dikuatkuasakan
  • Menyelaras dan memantau aktiviti saringan dan pemeriksaan pengimportan produk dan bahan-bahan yang dikawal di pintu-pintu masuk kastam.
  • Menjalankan aktiviti audit bagi ubat-ubat terkawal.

    Jenis-jenis lesen / permit
  • Jenis A - Untuk ahli farmasi berdaftar yang menjalankan urusan racun berjadual secara

                amnya. Yuran - percuma.

  • Jenis B - Sesiapa dimana Pegawai Perlesenan mendapati sesuai dan munasabah

                memegang lesen tersebut atau dikeluarkan kepada pegawai              

                bertanggungjawab dalam satu syarikat dibawawh Akta Syarikat 1965 bagi

                mengimpot, menyimpan, dan menjual secara borong racun berjadual (tidak

                termasuk Racun Kumpulan A) sepertimana tercatat dalam lessen. Yuran -

                RM 100

  • Jenis D - Sesiapa dimana Pegawai Perlesenan mendapati sesuai dan munasabah

                memegang lesen tersebut untuk menyimpan, dan menjual secara runcit Racun

                Bahagian II seperti yang tercatat dalam lesen. Yuran - RM 20.

  • Jenis E - Sesiapa dalam menjalankan urusniaga mengguna Natrium Hidroksida dalam

                kuantiti pada pendapat Pegawai Perlesenan perlu dikeluarkan lessen untuk

                mengimpot, menyimpan dan menggunakan Natrium Hidroksida. Yuran - RM 

                100.

  • Permit Natrium Hidroksida - Sesiapa dimana Pegawai Perlesenan mendapati sesuai dan munasabah memegang lessen tersebut untuk membeli, menyimpan dan menggunakan Natrium Hidroksida. Yuran - RM 20

 

Senarai Pemegang Lesen di Negeri Pahang

  • Jenis A
  • Jenis B
  • Jenis D
  • Jenis E
  • Permit Natrium Hidroksida


Perundangan

  • Memantau perjalanan aktiviti siasatan bagi kes-kes berkaitan keluaran farmaseutikal, racun dan bahan kimia yang dikawal di bawah Akta-akta yang dikuatkuasakan.
  • Mengendalikan pendakwaan dan perbicaraankes-kesdi mahkamah berdasarkan Akta-akta yang dikuatkuasakan.
  • Menjalankan siasatan bagi kes-kes berkaitan pengiklanan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan.

Akta & Peraturan-peraturan Farmasi

  • Akta Racun 1952 (Disemak 1989) dan Peraturan-peraturannya
  • Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak 1989) dan Peraturan-peraturannya
  • Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956 (Disemak 1983) dan Peraturan-peraturannya
  • Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 (Disemak 1989) dan Peraturan-peraturannya.
  • Akta Dadah Berbahaya 1952 (Disemak 1980) dan Peraturan-peraturannya.

 


Pencegahan & Kesedaran Pengguna

  • Menyelaras dan mengawalselia aktiviti meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan ubat-ubat berdaftar
  • Menyelaras dan memantau aktiviti kajian dan pembangunan (R&D) berkaitan penguatkuasaan farmasi.
  • Menganalisa sampel-sampel produk yang terdapat di pasaran yang disyaki melanggar peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.
  • Mengendalikan aduan berkaitan produk dan aktiviti penguatkuasaan farmasi.
  • Menyedia dan menerbitkan bahan-bahan untuk kegunaan kempen berkaitan penguatkuasaan farmasi.
  • Mengumpul dan menyelaras statistik penguatkuasaan farmasi dan memantau aktiviti berkaitan kualiti dan inovasi penguatkuasaan farmasi.
  • Menyelaras perancangan aktiviti dan latihan penguatkuasaan farmasi.

 

 

*** Anda boleh merujuk ke laman web www.pharmacy.gov.my untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan dengan undang-undang/peraturan/akta farmasi.  (bawah sekali)