• Kemaskini :12-3-2018.

Unit Survelan

A. PENGENALAN

Unit Survelan Penyakit Berjangkit Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mula diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan UD54 pada 1.4.2014. Sebelum itu, unit ini adalah di bawah tanggungjawab Ketua Penolong Pengarah Kanan UD54 Unit Kawalan Penyakit Berjangkit. Unit ini terdiri dari 1 orang Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) U42, 2 orang Penolong Pegawai kesihatan Persekitaran (PPKP) U29 dan 1 orang Pembantu Tadbir.

Unit Survelan ini bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) dan Pengarah Kesihatan Negeri dalam hal-hal berkaitan dengan Aktiviti Survelan Penyakit Berjangkit (termasuk  Informasi & Dokumentasi ), Pengurusan Wabak & Bencana dan Kesihatan Antarabangsa di Negeri Pahang. Juga bertanggungjwab dalam epidemiologi, kesihatan persekitaran dan  penguatkuasaan  perundangan kesihatan awam.

Setiap Pegawai Epidemiologi Daerah (jika ada) dan PPKP Unit Kawalan Penyakit Berjangkit  di Pejabat Kesihatan Daerah juga bertanggungjawab dalam Program-Program Unit Survelan di daerah di samping menyelaras dan menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit di daerah masing-masing.

 

 B.  OBJEKTIF

  •  Mengesan perubahan secara tiba-tiba (keadaan luar biasa) kejadian dan taburan penyakit berjangkit
  • Mengikuti perubahan trend dan corak penyakit
  • Mengenalpasti perubahan agen penyakit dan faktor perumah
  • Mengesan perubahan amalan kesihatan orang ramai
  • Menetapkan keutamaan penyakit dan memantau kejadian penyakit /peristiwa kesihatan
  •  Membuat pelan, melaksanakan dan menilai aktiviti siasatan, kawalan dan pencegahan  

 

C.  VISI

Untuk menjadikan penduduk di negeri Pahang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit agar mereka dapat menikmati kehidupan yang berkualiti dan produktif sepanjang masa.

 

D.  MISI

Melaksanakan program-program pemantauan, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit  dengan penuh teliti, menyeluruh, bersepadu dan berkesan dengan melibatkan penglibatan sama masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan.

 

 E.  PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Memperkukuhkan Sistem Survelan:
    1. Case-based surveillance-E-notifkasi
    2. Event-based surveillance- Syndromic notification
    3. Sentinel Surveillance
      • Influenza-like Illness (ILI)
      • Acute Gastroenteritis (AGE)
    4. Laboratory based surveillance- ILI
    5. Rumours surveillance
  1. Memperkukuhkan Pengurusan Wabak dan Bencana :
    1. Crisis Preparedness Response Centre (CPRC)
    2. Kesiapsiagaan/Simulasi Menghadapi Pandemic Influenza / MERS-CoV / EVD
    3. Stock-pile PPE
    4. Penyelarasan pengurusan Wabak/bencana/ krisis
  1. Memantapkan Sistem Informasi/ Dokumentasi Penyakit Penyakit Berjangkit:
    1. e-notifikasi
    2. e-wabak
    3. Pahang Weekly Epid Review- PWER
    4. Mesyuarat Epid Review
    5. Surat pekeliling & Garis panduan
  1. Memperkemas Program Kesihatan Antarabangsa
    1. Pengurusan Pintu Masuk Antarabangsa
    2. International Health Regulations (IHR)
    3. Import/Eksport Mayat/Bahagian Mayat
    4. Business Licensing Electronic Support System (BLESS)
    5. Kesihatan Pekerja Asing (FOMEMA)
    6. Pemeriksaan Kesihatan Bakal Jemaah Haji
    7. Malaysia Strategy for Emerging Diseases (MYSED) Workplan
    8. Current disease on International concern- MERS-CoV & Ebola