• Kemaskini :12-3-2018.

Unit Latihan

 

1.    Pengenalan

 

            Unit Latihan adalah dibawah pentadbiran Bahagian Pengurusan yang diterajui oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) gred M54. Manakala operasi harian disokong oleh seorang Penolong Pengarah Kanan, gred M44, seorang Penolong Pegawai Tadbir, gred N32 dan dibantu oleh empat (4) orang PembantuTadbir (P/O) gred N17.

 

2.    Objektif Unit

 

            Unit Latihan mempunyai objektif untuk membangunkan modal insan yang cemerlang melalui latihan yang strategik dengan menyediakan khidmat pengurusan latihan secara professional, cekap dan berkesan dalam mengembangkan dan memajukan profesionalisme tenaga manusia. Unit Latihan juga memastikan supaya penjawat awam di JKN Pahang dipanggil untuk menghadiri kursus Program Transformasi Minda untuk tujuan pengesahan perkhidmatan dalam sektor awam.

 

3.    Fungsi

 

a)    Menganjur dan mengendalikan kursus-kursus jangka pendek anjuran Bahagian Pengurusan.

b)    Menganjur dan mengendalikan kursus Program Transformasi Minda (PTM) untuk lantikan baru.

c)    Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa CPD (Continuous Profesional Development) Peringkat Negeri.

d)    Menguruskan permohonan latihan Industri bagi pelajar IPTA dan IPTS ke Pusat Tanggungjawab yang    berkaitan.

e)    Menyediakan sijil-sijil kursus yang dianjurkan oleh JKNP.

f)     Menyedia dan menyelaras maklumat Penilaian latihan, laporan-laporan latihan dan laporan pelaksanaan myCPD.

g)    Urusetia Mesyuarat Penyelarasan Penempatan Latihan Industri pelajar IPTA/IPTS.

h)    Memproses perolehan perkhidmatan kemudahan latihan secara pakej dari Program JKNP.

i)      Menguruskan Permohonan dan Pemilihan Calon Kursus Pos Basik.

j)      Memproses permohonan cuti belajar bergaji penuh dan tidak bergaji.