• Kemaskini :18-10-2018.

Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan

Objektif:

a.Menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh bagi menampung keperluan Profesion Penolong Pegawai Perubatan dan yang berkaitan bagi perkembangan profesion , standard perkhidmatan dan penyeliaan yang di tetapkan.

b.Pengwujudan unit ini adalah untuk memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan profesyen Penolong Pegawai Perubatan samada di Bahagian Perubatan, Kesihatan Awam mahupun Jabatan Kesihatan Negeri itu sendiri.

Fungsi:

• Memastikan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Pahang mempunyai Annual Practise Certificate (APC) yang sah dari Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

• Memantau tatakelakuan dan prestasi kerja Penolong Pegawai Perubatan Negeri Pahang termasuk pelaksanaan Kod Etika Pembantu Perubatan.

• Memantau dan memberi tunjuk ajar kepada Penolong Pegawai Perubatan yang menjalani Program Penempatan Wajib (PPW) .

• Menyiasat aduan berkaitan dengan amalan serta tatakelakuan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Pahang.

• Menyediakan garis panduan, S.O.P dan protokol bagi perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Pahang

• Mengadakan Kursus, Bengkel ,Latihan , CME , Konfrens untuk Penolong Pegawai Perubatan secara berkala.

• Memastikan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Pahang menjadi ahli Kesatuan dan Persatuan Pembantu Perubatan.

• Pembangunan dan Penilaian berterusan ke atas perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.

• Menetapkan piawaian amalan kerja

• Justifikasi keperluan penambahan jawatan dan kenaikan pangkat Penolong Pegawai Perubatan di semak dari semasa ke semasa.

• Perancangan perkembangan kerjaya dan pensiswazahan Penolong Pegawai Perubatan • Peranan Penolong Pegawai Perubatan di dalam program Expanded & Extended skop.

• Memberi input teknikal dan khidmat nasihat Perkhidmatan.

• Merancang keperluan sumber manusia bagi perkhidmatan yang sedia ada dan baru.

• Kajian dan pembangunan (R & D)

Perkhidmatan:

Perkhidmatan yang akan diberikan merangkumi 3 aspek:

Klinikal dan Khidmat Sokongan Perubatan~

a. Menguruskan hal-hal berkaitan SOP/CPG dan memastikan Penolong Pegawai Perubatan mengikuti skop yang telah ditetapkan. Audit perlu dilakukan agar ia sentiasa mencapai standard yang telah ditetapkan.

b. Menyelaras dan menyelia MYCPD dan SKT setiap Penolong Pegawai Perubatan.

c. Melakukan tugas-tugas penyeliaan Klinikal di semua fasiliti kesihatan yang mempunyai Penolong Pegawai Perubatan.

d. Menyediakan Pasukan Perubatan dan Kecemasan mengikut keperluan.

e. Pemantauan dan penyeliaan Program Penempatan Wajib (PPW)

Dokumentasi~

a. Menyimpan maklumat-maklumat terkini Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Negeri Pahang.

b. Menyediakan dan menyelaras anggaran belanjawan mengurus ABM bagi bahagian Perubatan dan Kesihatan Awam.

c. Menguruskan perihal berkaitan laporan perjawatan dan Lembaga Pembantu Perubatan.

d. Menyedia dan melaraskan reten atau statistik beban kerja.

e. Merekod dan menguruskan pertukaran keluar/masuk Penolong Pegawai Perubatan.

f. Menyelaraskan rekod dan mengambil tindakan berkaitan disiplin dan tatatertib pegawai.

g. Menyediakan perolehan dan aset bagi unit ini.

Latihan, Kajian dan Pembangunan~

a. Mengelolakan kursus-kursus dan mesyuarat untuk Penolong Pegawai Perubatan di Negeri dan Daerah.

b. Melaraskan dan menyediakan Credentialing dan Privilleging semua Penolong Pegawai Perubatan .

c. Menguruskan Program Penempatan Wajib bagi Penolong Pegawai Perubatan Lantikan Baru.

d. Memilih calon-calon bagi kursus post basic dan menyimpan data yang berkaitan.

Perkhidmatan Pentadbiran dan Pengurusan~

1. Pengurusan sumber manusia

2. Pengurusan latihan / modal insan

Pengurusan lain-lain Profesion dibawah jagaan~

a) Pemandu Ambulan

b) Pembantu Perawatan Kesihatan

Pemandu Ambulan:

1. Merancang dan memohon perjawatan ambulan mengikut norma perjawatan dan keperluan mengikut outfit yang disediakan oleh bahagian sumber manusia di hospital dan lain-lain kemudahan kesihatan melalui ABM dan dasar baru

2. Merancang dan menjalankan latihan-latihan dalam perkhidmatan bagi meningkatkan pengetahuan. Kemahiran dan kompetensi pemandu ambulan secara berterusan dengan matlamat jangka panjang untuk melahirkan modal insan yang kompeten dan berkualiti.

Pembantu Perawatan Kesihatan:

1. Merancang dan memohon perjawatan PPK mengikut norma dan keperluan mengikut outfit yang disediakan oleh bahagian sumber manusia di hospital dan kesihatan awam mengikut ABM dan dasar baru.

2. Merancang dan menjalankan latihan-latihan dalam perkhidmatan dan Latihan Peningkatan Atendan Kesihatan (SLPAK) Tahap 1 dan Tahap 3 bagi meningkatkan pengetahuan. Kemahiran dan kompetensi atendan kesihatan secara berterusan dengan matlamat jangka panjang untuk melahirkan modal insan yang kompeten dan berkualiti.

Langkah Perlaksanaan Pemantauan dan Penilaian:

a) Menyediakan carta dan pelan tindakan

b) Mengenalpasti maklumat dan aspek yang hendak dinilai

c) Menentukan teknik pemantauan dan penilaian

d) Memilih dan menyediakan instrument yang membekalkan maklumat

e) Melaksanakan pemantauan dan penilaian program

f) Menganalisis data

g) Menyediakan laporan

h) Mengambil tindakan penambahbaikan dan pengubahsuaikan program