• Kemaskini :18-10-2018.

Unit Khidmat Pengurusan

Pengenalan

Unit Khidmat Pengurusan terdiri daripada dua (2) seksyen iaitu Seksyen Pengurusan Am dan Seksyen Pengurusan Aduan. Seksyen-seksyen ini bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan urusan pengurusan pejabat dan logistik serta maklum balas pelanggan.

Seksyen Pengurusan Am

Secara amnya, unit Pengurusan Am berperanan menyokong pelaksanaan aktiviti-aktiviti jabatan dengan menyediakan kemudahan logistik, pengurusan pejabat serta urusan hubungan pelanggan.

Visi

Mewujudkan Perkhidmatan Pentadbiran Yang Dinamik, Professional dan Mesra Pelanggan.

Misi

Menyediakan Perkhidmatan Pentadbiran Yang Cekap, Berkesan dan Selari Dengan Keperluan Pelanggan. 

Objektif

Menyokong pelaksanaan aktiviti Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan menggunakan segala sumber yang ada berdasarkan pekeliling, peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa.

 

AKTIVITI

Urusetia Mesyuarat

1    Mesyuarat MBJ Peringkat Negeri dan Ibu Pejabat JKNP
2.    Mesyuarat Pengurusan Kesihatan Negeri.
3.    Mesyuarat Pagi Pengarah.
4.    Mesyuarat Pagi Program Pengurusan
5    Mesyuarat Penyelia Pengurusan

Pengurusan Am

1.    Pengurusan Kenderaan
2.    Urusan surat-menyurat (Pengurusan Mel)
3.    Pengurusan Fail Am / Peribadai (tidak termasuk fail-fail terperingkat)
4.    Khidmat Protokol
5.     Pekeliling Am/Perkhidmatan
6.     Pas Jabatan/Kenderaan
7.     Bantuan Sara Ubat
8.     Cuti Belajar
9.     Elaun Khas KKM
10.     Perhimpunan Bulanan Jabatan
11.     Pelaksanaan MS ISO
12.     Manual Prosedur Kerja / Fail Meja
13.     LOKUM
14.     Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan
15.     Ahli Lembaga Pelawat Hospital
16.     Rumah Kerajaan/Kuarters

 

Seksyen Pengurusan Aduan

Seksyen Pengurusan Aduan bertanggungjawab bagi mengendalikan semua urusan maklum balas pelanggan termasuk piagam pelanggan, aduan, pertanyaan, penghargaan dan cadangan.