• Kemaskini :18-10-2018.

Unit Sumber Manusia

PENGENALAN

Unit Sumber Manusia diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah  Gred M52 , dibantu oleh  dua (2) orang  PTD Gred M44/M41 , seorang (1) Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 , seorang (1) Pembantu Tadbir Gred N26, dua (2) orang Pembantu Tadbir  Gred N22 dan  dua puluh empat (24) orang Pembantu Tadbir Gred N17.  Unit ini bertanggungjawab melaksanakan aktiviti berkaitan dengan permohonan dan semakan perjawatan,  HRMIS, urusan-urusan perkhidmatan, cuti, penempatan/pertukaran, kenaikan pangkat, prestasi, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, keutuhan, tatatertib dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).

 

OBJEKTIF

Memastikan JKN Pahang mempunyai sumber manusia dan struktur organisasi yang sempurna bagi memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang cemerlang.

 

VISI

Memastikan JKN Pahang mempunyai struktur organisasi yang sesuai, efektif dan penggunaan sumber manusia yang optimum, berintegriti, berpengetahuan dan berkemahiran.

 

MISI

Ke Arah Pengurusan Sumber Manusia yang berkualiti dan produktif.

 

AKTIVITI UTAMA

  1. Mengendalikan semua urusan pengesahan lantikan,pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.
  2. Menguruskan permohonan perlanjutan tempoh percubaan.
  3. Menguruskan pelepasan jawatan dengan izin dan perletakkan jawatan dengan memendekkan notis.
  4. Melaksanakan penempatan dan pertukaran anggota, permohonan pertukaran dalam negeri serta luar negeri.
  5. Menguruskan permohonan cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti menunaikan haji dan cuti sakit 90 hari / barah.
  6. Mengendalikan permohonan lawatan keluar negeri.
  7. Menguruskan permohonan persaraan pilihan sendiri dan mengawasi persaraan wajib.
  8. Menguruskan permohonan pindaan tarikh lahir dan pindaan nama.
  9. Menguruskan permohonan pelarasan gaji.
  10. Menguruskan pengisytiharan harta.
  11. Menguruskan perakuan menanggung kerja / kenaikan pangkat.
  12. Menguruskan permohonan jawatan baru.
  13. Menguruskan permohonan pengambilan anggota sokongan
  14. Mengedalikan buku rekod perjawatan.