• Kemaskini :29-4-2024.

PENGENALAN EKSA

Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau dikenali sebagai EKSA merupakan salah satu inisiatif dari MAMPU untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S. Ia merupakan penjenamaan semula kepada Amalan 5S dalam usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:

  • memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
  • meningkatkan imej korporat;
  • menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasiselaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
  • menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
  • memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaianagensi Kerajaan.

Secara kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan oleh MAMPU ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.