• Kemaskini :26-1-2024.

Latar Belakang

Jabatan ini merupakan salah sebuah agensi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang pernah dikenali sebagai Pejabat Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri sebelum ditukar dengan rasminya kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKN Pahang) pada tahun 1996 sebagaimana yang dinyatakan didalam Buku Panduan Gelaran Pejabat Dan Jawatan Di Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 26 Oktober 1996.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ditubuhkan  bagi pengurusan program kesihatan melalui perancangan yang strategik, pengurusan dan pengagihan sumber yang munasabah, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktivitinya untuk memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan kepada masyarakat agar mencapai tahap kesihatan yang optimum sepanjang hayat.