• Kemaskini :16-8-2017.

Visi, Misi dan Objektif

VISI

Visi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ialah ke arah peningkatan kualiti hidup individu, keluarga dan masyarakat melalui sistem kesihatan yang berkualiti, adil dan saksama, cekap dan serasi pelanggan.

MISI

Untuk melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang akan :

  • Mengadakan program kesihatan yang komprenhensif dan bersepadu untuk setiap individu, keluarga dan masyarakat;
  • Menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam penjagaan kesihatan melalui peningkatan kesedaran setiap individu, keluarga dan masyarakat;
  • Memupuk kerjasama dan penyertaan pelbagai sektor dan agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan di dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesihatan.

 

OBJEKTIF

Untuk mentadbir perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan di peringkat negeri. Menjalankan dasar-dasar kementerian kesihatan dan menguruskan sumber-sumber kakitangan sumber manusia dan kewangan secara cekap dan berkesan dalam membantu perjalanan perkhidmatan kesihatan di peringkat negeri supaya objektif kementerian kesihatan dalam membekalkan fungsi perkhidmatan kesihatan bermutu tinggi di peringkat negeri dicapai.