• Kemaskini :16-8-2017.

Bahagian Farmasi

A. PENGENALAN

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang memastikan rakyat khususnya rakyat Pahang diberikan produk farmaseutikal dan kesihatan yang berkualiti, selamat, efektif serta harga berpatutan termasuk cara penggunaan yang rasional.

Dalam hal ini, Bahagian Perkhidmatan Farmasi mempunyai fungsi berikut:

  • Menyumbang kepada kesihatan awam secara terus menerus melalui kepastian kualiti dimana Bahagian Perkhidmatan Farmasi melalui Pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan adalahbertanggungjawab mengenai perihal regulatori dalam industri farmaseutikal. Ini adalah bagi memastikan semua produk farmaseutikal dalam pasaran adalah menepati standard kualiti, keselamatan dan berkesan sebelum didaftarkan; dan semua premis bertujuan pengilangan, penstoran dan pengedaran bagi produk ini adalah menepati standard yang ditetapkan sebelum dibekal kepada pengguna
  • Penguatkuasaan Akta serta peraturan-peraturan berkaitan bekalan farmaseutikal kepada hospital dan klinik kesihatan bawah pentadbiran Kementerian kesihatan Malaysia. Memastikan tumpuan perkhidmatan diberi kepada pesakit Matlamatnya adalah bagi memastikan kegunaan ubat secara optima,dan membantu dalam penyediaan/pengilangan, bekalan dan pengawasan ubat-ubatan serta produk berkaitan. Serta memberi maklumat dan nasihat kepada sesiapa yang memprescrib dan mengguna produk farmaseutikal

 

B. OBJEKTIF

Objektif Umum

Untuk memastikan keluaran farmaseutikal dan produk-produk penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu serta mudah diperolehi oleh orang awam.

 

Objektif Khusus

  1. Untuk memastikan bahawa keluaran farmaseutikal yang dibenarkan di pasaran tempatan adalah selamat, berkesan, berkualiti, mampu dan mudah diperolehi, serta menentukan bahawa keluaran kosmetik yang dibenarkan di pasaran adalah selamat dan berkualiti.
  2. Untuk menjalankan penguatkuasaan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan keluaran farmaseutikal.
  3. Untuk menggubal dan menentukan polisi ubat-ubatan yang memainkan peranan penting di dalam penentuan polisi kesihatan kebangsaan.
  4. Untuk mengoptimakan penggunaan tenaga kerja untuk perkhidmatan farmasi di seluruh negara.
  5. Untuk mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal melalui pengawalan farmaseutikal yang berkesan dan perkhidmatan professional dan farmasi klinikal yang terkini.
  6. Untuk menentukan perbelanjaan ubat-ubatan adalah di tahap optimal dan ubat berkualiti terdapat pada masa dan keadaan yang diperlukan.
  7. Untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna ke atas penggunaan ubat secara rasional dan kesan-kesan advers serta kepentingan maklumat yang mengiringi penggunaan ubat melalui pendidikan pengguna dan pesakit yang berterusan.
  8. Untuk meningkatkan perkhidmatan farmasi setanding dengan perkembangan farmasi di arena antarabangsa.

 

C. VISI

 Memberi perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan negara.

 

D. MISI

 Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi, professionalisme dan kecemerlangan, sejajar dengan aspirasi dan cabaran negara.

 

E. PIAGAM PELANGGAN

Setiap permohonan daripada orang awam berkaitan dengan kelulusan untuk mendapatkan racun jenis A, B, D, E dan permit Natrium Hiroksida akan diproses dalam jangka masa 4 minggu dari tarikh permohonan diterima.

F. ORGANISASI

Perkhidmatan Farmasi dalam negeri di ketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi). Beliau bertanggunjawab kepada semua aktiviti pengurusan farmasi dan penguatkuasa farmasi peringkat negeri. Beliau dibantu oleh dua orang Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa Farmasi) dan seorang Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Farmasi). Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang beralamat di:

Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Jalan IM4, Bandar Indera Mahkota
25582 Kuantan Pahang Darul Makmur


Bahagian Perkhidmatan Farmasi di peringkat negeri menjalankan dua aktiviti utama iaitu:

  • Perkhidmatan Pharmaceutical Care (di Hospital dan Pusat Kesihatan)
  • Pelesenan & Penguatkuasaan Farmasi
  • Pengurusan Farmasi

 

G. PHARMACEUTICAL CARE

Perkhidmatan Pharmaceutical Care disediakan oleh sembilan (9) buah hospital, 3 buah Hospital Desa dan 60 buah Klinik Kesihatan.

1. Perkhidmatan Farmasi Hospital
Setiap Jabatan / Unit Farmasi di Hospital di ketuai oleh seorang Ketua Pegawai Farmasi dan beberapa orang Pegawai Farmasi lain, Pembantu Farmasi, Pembantu Tadbir, Atendan Kesihatan dan Pembantu Rendah Am. Jenis-jenis perkhidmatan yang diberi adalah saperti berikut:

1.       Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar

2.       Perkhidmatan Pesakit Dalam

3.       Perolehan dan Bekalan

4.       Perkhidmatan Kaunseling Pesakit

5.       Perkhidmatan Maklumat Ubat

6.       Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal

7.       Perkhidmatan Nutrusi Parenteral

Perkhidmatan Farmasi Onkologi Perkhidmatan yang disebutkan di (1) hingga (5) disediakan oleh semua Hospital di Negeri Pahang. Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal hanya terdapat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Hospital Mentakab. Kami bercadang untuk meluaskan perkhidmatan ini kepada semua Hospital Daerah lain di Negeri Pahang.

Pada masa kini Perkhidmatan Nutrisi Parenteral dan Perkhidmatan Farmasi Onkologi hanya terdapat di HTAA. Apabila perkhidmatan di Hospital Mentakab dipindah ke Hospital Temerloh, kedua-dua perkhidmatan ini akan di wujudkan di Hospital Temerloh untuk keperluan pesakit-pesakit di kawasan Pahang Barat.

2. Perkhidmatan Farmasi di Klinik Kesihatan
Buat masa sekarang, kebanyakan Klinik Kesihatan di anggotai oleh Pembantu Farmasi sahaja. Dengan ini, hanya perkhidmatan bekalan ubat kepada pesakit luar diwujudkan di Klinik Kesihatan. Walaubagaimanapun, di Klinik Kesihatan yang mempunyai Pegawai Farmasi, perkhidmatan kaunseling pesakit juga diberikan. Usaha telah diambil untuk menempatkan Pegawai Farmasi di lebih banyak Klinik Kesihatan. Visi ini mungkin boleh dicapai dengan pengenalan perkhidmatan wajib untuk Pegawai Farmasi mulai September 2004.

 

PENGUATKUASAAN DAN PELESENAN

Salah satu dari tiga aktiviti utama Bahagian Perkhidmatan Farmasi merupakan penguatkuasaan dan pelesenan. Aktiviti merangkumi pematuhan peruntukan undang-undang sediada bagi mengawal praktis farmasi, pengimportan, eksport, pembuatan dan pengedaran ubat-ubatan (termasuk racun-racun berjadual dan dadah berbahaya), sakarin (untuk kegunaan farmasi industri), ubatan tradisional dan juga iklan kesihatan. Jumlah bilangan lesen dan permit yang telah dikeluarkan oleh semua negeri dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia ditunjukkan dalam jadual di bawah. Pemeriksaan ke setiap premis berlesen dilakukan sebagai memastikan setiap undang-undang dan peraturan dipatuhi serta untuk memastikan penyimpanan rekod yang tepat. Aktiviti utama adalah seperti berikut :

1. Perundangan

  • Akta Racun 1952 (Disemak 1989) dan peraturan-peraturannya
  • Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak 1989) dan peraturan-peraturannya
  • Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956 (Disemak 1983) dan peraturan-peraturannya
  • Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 (Disemak 1989) dan peraturan-peraturannya
  • Akta Dadah Berbahaya 1952 (Disemak 1980) dan peraturan-peraturannya

2. Pelesenan
Pelesenan di bawah perundangan sediada adalah bagi memastikan pengimportan, penyimpanan, penjualan dan bekalan dikendalikan oleh orang berkelayakan dan sesuai serta mengikut peruntukan undang-undang.

3. Pintu Masuk
Pemeriksaan di pintu masuk bagi memastikan ubat, kosmetik dan bahan kimia adalah diimport secara sah oleh pengimport.

4. Pemeriksaan Keatas premis
Pemeriksaan ke atas premis berlesen termasuk klinik perubatan swasta, klinik pergigian swasta dan klinik veterinar swasta dengan tujuan mengikut peruntakan undang-undang.

5. Pemeriksaan dan Operasi
Pemeriksaan dan serbuan dijalankan keatas premis tidak berlesen bagi memamstikan racun berjadual tidak dijual atau dibekal oleh orang tidak bertauliah dan bebkelayakan.

6. Pemeriksaan Rutin
Pemeriksaan juga dijalankan ke atas semua premis yang berurusan dengan ubat-ubatan bagi memastikan hanya ubat-ubatan berdaftar dijual .


LESEN / PERMIT

  • Lesen Jenis A Untuk ahli farmasi berdaftar menjalankan urusan racun berjadual secara amnya. Fee – Percuma
  • Lesen Jenis B Sesiapa dimana Pegawai Perlesenan mendapati sesuai dan munasabah memegang lesen tersebut atau dikeluarkan kepada pegawai bertanggungjawab dalam satu syarikat Sdn. Bhd Akta Syarikat 1965 bagi mengimport, menyimpan, dan menjual secara borong racun berjadual (tidak termasuk Racun Kumpulan A) sepertimana tercatat dalam lesen. Fee - RM100
  • Lesen Jenis D Sesiapa dimana Pegawai Perlesenan mendapati sesuai dan munasabah memegang lesen tersebut untuk menyimpan , menjual secara runcit racun Bahagian II separti tercatat dalam lesen. Fee - RM20
  • Lesen Jenis E sesiapa dalam menjalankan uurusniaga mengguna Natrium Hidroksida dalam kuantiti pada pendapat Pegawai pelesenan perlu dikeluarkan lesen untuk mengimport, menyimpan dan mengguna Natrium Hidroksida. Fee - RM100
  • Permit Natrium Hidroksida Sesiapa dimana Pegawai Pelesenan mendapati sesuai dan munasabah memegang lesen tersebut untuk membeli, menyimpan dan mengguna Natrium Hidroksida. Fee – RM20

 

 

PERUNDANGAN

  • Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951
  • Akta Racun 1952
  • Peraturan - Peraturan Racun ( Bahan Psikotropik)
  • Peraturan - Peraturan Racun 1952
  • Peraturan Dadah Berbahaya, 1952
  • Akta Dadah Berbahaya 1952
  • Akta Ubat (Iklan Dan Penjualan)
  • Akta Jualan Dadah 1952

Anda boleh merujuk ke laman web www.pharmacy.gov.my untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan dengan undang-undang/peraturan/akta farmasi.

 


STATISTIK

  • Perkhidmatan Pharmaceutikal Care
  • Bilangan Preskripsi yang diterima untuk Pesakit Luar (Hospital)
  • Bilangan Preskripsi yang diterima untuk Pesakit Dalam
  • Bilangan Preskripsi yang diterima untuk Pesakit Luar (Klinik Kesihatan)
  • Bilangan Persediaan Sucihama yang disediakan oleh Makmal Aseptik di HTAA
  • Penguatkuasaan dan Pelesenan
  • Pengeluaran Lesen dan Permit Racun
  • Pemeriksaan Premis
  • Pesampelan
  • Pengimportan