• Kemaskini :25-9-2017.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

PENGENALAN

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Negeri Pahang (BKKM) melaksanakan aktiviti-aktiviti pemantauan dan penyelidikan, pendidikan  pengguna dan mempromosi keselamatan makanan bertujuan untuk memastikan penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih. Di samping itu, BKKM juga berperanan dalam menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah bebas dari bahan-bahan pencemaran, dilabel dan diiklan dengan mencukupi dan seterusnya mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Aktiviti BKKM juga meliputi  aktiviti kawalan terhadap konsaimen makanan yang dieksport agar ia mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport. BKKM  diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri(Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan dipertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri.

 

OBJEKTIF

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan diwujudkan bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penyimpanan makanan.

 

VISI

Visi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan tripartite yang berkesan ke arah Wawasan 2020.

 

MISI

Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk :-

  • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka
  • Menghargai kesihatan sebagai asset bernilai
  • Mengambil langkah positif bagi meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

 

PERKHIDMATAN/SERVIS DISEDIAKAN

KAWALAN EKSPORT MAKANAN

  • Merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti kawalan eksport di peringkat negeri.
  • Sebagai Competent Authority (CA) di peringkat negeri bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (USA) dan Russia.
  • Melaksanakan sistem kawalan di sepanjang rantaian pengeluaran ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (USA) dan Russia mengikut garis panduan dan prosedur yang ditentukan dengan menjalankan proses persampelan.
  • Menjalankan audit pematuhan dan pengawasan bagi menverifikasikan status kepatuhan premis pengeksport.
  • Mengeluarkan Sijil Kesihatan bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan.
  • Menjalankan verifikasi ke atas kawalan rasmi yang dijalankan oleh CA yang berkaitan dan memastikan tindakan pembetulan diambil ke atas ketidakpatuhan.

 

PENSIJILAN

  • Menyelaras aktiviti pengauditan pematuhan dan pengawasan untuk Skim Pensijilan HACCP dan GMP KKM.
  • Menyelaras dan melaksanakan konsultasi bagi perlaksanaan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia. (SK1M)
  • Menyelaras aktiviti pengauditan pematuhan dan pengawasan untuk GMP/HACCP untuk Dapur Hospital.
  • Menyelaras aktiviti pengawasan dan pengauditan sekolah latihan pengendali makanan dan menilai keberkesanan Program Latihan Pengendali Makanan.
  • Membantu pengeksport makanan negara memenuhi keperluan Negara Pengimport dengan menyelaras dan mengeluarkan Sijil Penjualan Bebas dan Sijil Kesihatan yang bertujuan memudahkan urusan pengeksportan.

 

PELESENAN

  • Menyelaras dan memproses permohonan bagi perlesenan air mineral semulajadi (AMS) dan air minuman berbungkus (AMB)
  • Menyelaras dan memproses permohonan kilang ais
  • Menyelaras, memantau dan mengeluarkan sijil eksport iaitu Sijil Kesihatan (selain ikan dan hasilan ikan) dan Sijil Penjualan Bebas

 

PENDIDIKAN INDUSTRI DAN PENGGUNA

  • Merancang dan melaksanakan program-program industri dan pendidikan pengguna
  • Melaksanakan program bergerak Skuad Germ Buster ke sekolah dan R&R lebuhraya
  • Mengurus bahan-bahan percetakan dan lain-lain bagi kegunaan pendidikan
  • Khidmat nasihat, latihan dan pendidikan kepada industri dan pengguna

 

PERKHIDMATAN MAKMAL

  • Memberi perkhidmatan penganalisaan mikrobiologi & Kimia terhadap sampel makanan untuk tujuan pemantauan, pengawasan, penguatkuasaan & kajian berhubung keselamatan dan kualiti makanan
  • Melaksanakan kajian serta penyelidikan mengenai kebersihan dan keselamatan makanan.
  • Menyediakan kemudahan tempat bagi tujuan latihan dan rujukan kepada kakitangan, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

 

PELABELAN MAKANAN

  • Memberikan Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan kepada industri
  • Memberi khidmat nasihat dalam pengkelasan produk makanan

 

FOSIM DOMESTIK

  • Mengurus perlaksanaan FoSIM domestik dan import di peringkat negeri
  • Mengurus pangkalan data premis makanan

 

PEMANTAUAN DAN SURVEILAN MAKANAN

  • Menganalisis trend keselamatan makanan berhubung dengan isu-isu yang dikenalpasti melalui kajian-kajian, penyelidikan dan risk assessment yang dijalankan
  • Mengedarkan maklumat teknikal keselamatan makanan kepada pegawai berkuasa bagi meningkatkan keberkesanan pemantuhan
  • Menganalisis dan menyediakan semua laporan pemantauan makanan negeri
  • Merancang, melaksanakan dan menilai program pensampelan makanan negeri bagi tujuan pemantuhan (compliance)
  • Mengurus pangkalan data pensampelan makan negeri

 

PENYELIDIKAN

  • Menyelaras aktiviti kajian dan penyelidikan berhubung dengan keselamatan makanan di peringkat negeri

 

 TDS (TOTAL DIET STUDY)

  • Mengurus pangkalan data NFAS (National Food Contaminant Assessment System)
  • Menjalankan program TDS

 

  KAWALSEDIA DAN OPERASI

  • Memantau pematuhan mandatori di bawah perundangan makanan melalui aktiviti pensampelan dan pemeriksaan premis makanan
  • Menyiasat aduan pengguna berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
  • Mengawalsedia perlaksanaan QAP negeri
  • Pengurusan reten-reten bulanan dan tahunan Aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan Negeri
  • Menyelaras operasi dan alert keselamatan makanan peringkat negeri
  • Merancang dan memantau aktiviti pemeriksaan premis dan pensampelan makanan (domestik & import)
  • Merancang dan memantau aktiviti pemeriksaan kenderaan pengangkutan dan penjajaan komoditi makanan

 

PERUNDANGAN MAKANAN

  • Mewujudkan kerjasama dengan Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri (UIPN)
  • Menjalankan khidmat nasihat dan pakar rujuk berkaitan Akta Makanan 1983 dan semua peraturan dibawahnya kepada PKD Pintu Masuk dan pihak Industri
  • Menyelaras dan menjalankan aktiviti risikan berkaitan keselamatan, kebersihan dan kualiti makanan bagi mendapatkan maklumat awal
  • Menyelaras dan menjalankan pendakwaaan di makamah bagi pelanggaran yang dikesan di bawah Akta Makan 1983
  • Menyelaras dan memastikan setiap PKD dan Pintu Masuk mematuhi setiap garispanduan, prosedur, pekeliling, arahan pentadbiran dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM dan JKN

 

PENTADBIRAN

  • Mengurus hal-ehwal kewangan dan perjawatan Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Negeri
  • Menyemak semua inventori Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Negeri
  • Perkhidmatan pentadbiran dan rekod di Unit Keselamatan & Kualiti Makanan Negeri
  • Urusetia kepada seminar/bengkel/mesyuarat/kursus yang diadakan di peringkat negeri.