• Kemaskini :16-8-2017.

Bahagian Pergigian

PENGENALAN

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian telah mengalami perkembangan yang pesat dengan peralihan focus merangkumi kesihatan mulut secara menyeluruh yang sememangnya menjadi sebahagian daripada asas kesihatan individu. Secara tidak langsung kesihatan pergigian ditahap optimum dapat menjurus kearah peningkatan kualiti hidup.
 
SEJARAH

Perkhidmata Kesihatan Pergigian bermula sebagai Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah sejak awal tahun 1950\'an. Pelbagai strategi telah diambibagi memperkembangkan lagi perkhidmatan ini kesegenap tapisan masyarakat.
 
VISI

Penduduk negeri Pahang Darul Makmur akan mempunyai tahap kesihatan pergigian yang optima melalui perkhidmatan pergigian yang menekankan pencegahan dan rawatan awal.
 
MISI

Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang mengutamakan pelanggan kepada penduduk negeri Pahang Darul Makmur agar mereka dapat mencapai tahap kesihatan pergigian yang optima dan seterusnya menikmati kehidupan yang berkualiti.
 
OBJEKTIF

Objektif Perkhidmatan Kesihatan Pergigian ialah untuk mempertingkatkan status kesihatan pergigian penduduk melalui perkhidmatan pencegahan, promosi, pemeliharaan dan pemulihan dengan memberi penekanan kepada kumpulan keutamaan iaitu murid sekolah rendah dan menengah, kanak-kanak pra sekolah, ibu mengandung, kanak-kanak istimewa dan warga tua supaya dengan demikian status kesihatan pergigian penduduk berada ditahap yang memuaskan selaras dengan perkembangan sisio-ekonomi Negara.
 
STRATEGI                                     

1.

Mengesan awal masalah pergigian dari kumpulan   sasaran utama & menyediakan rawatan sehingga sempurna

2.

Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang mudah   diperolehi dan mesra pelanggan serta memberi liputan maksimum kepada kumpulan   sasaran.

3.

Mendorong individu, keluarga dan masyarakat agar lebih   bertanggungjawab kepada kesihatan pergigian mereka melalui galakan, pencegahan,   rawatan dan pemulihan

4.

Meningkatkan kemudahan dan persekitaran tempat kerja yang   sesuai  agar mencapai tahap kualiti perkhidmatan yang mencerminkan imej   jabatan.

5.

Memberi perkhidmatan kesihatan pergigian secara   profesional, memenuhi kehendak pelanggan dan berteknologi   sesuai.

6.

Membudayakan aktiviti penyelidikan dan kajian dalam bidang   kesihatan pergigian.

7.

Memastikan sokongan & penglibatan pihak pengurusan yang   berterusan secara menyeluruh termasuk dalam pengurusan teknologi   maklumat.

8.

Mengadakan pendidikan pergigian berterusan &   kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota   pergigia


Kemudahan Kesihatan Pergigian Sehingga 31   Mac 2008  

Jenis   Kemudahan

Bilangan Klinik Pergigian

Bil Kerusi / Unit

Klinik Pergigian Daerah

10

44

Klinik Pergigian Pakar di Hospital/Kesihatan

21

Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan

51

88

Klinik Pergigian di KKIA

1

1

Klinik Pergigian di Sekolah Rendah

39

39

Klinik Pergigian di Sekolah Menengah

24

24

Pusat Pergigian Sekolah

2

3

Klinik Pergigian Bergerak

2

3

Pasukan Pergigian Bergerak 

15 

45

Pasukan Pergigian Bergerak Pra Sekolah 

9

18

Klinik-Klinik Lain 

2

JUMLAH

163 

288

Perkhidmatan Yang   Disediakan

  • Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer 
  • Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kepakaran 
  • Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Masyarakat 

 

SENARAI PEJABAT PERGIGIAN DAERAH DIBAWAH KELOLAAN BAHAGIAN PERGIGIAN

Terdapat 10 Pejabat Pergigian Daerah, 13 Klinik Pergigian dan ## Klinik Desa di Negeri Pahang.

 

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD)

 

1.

PKPD BENTONG

2.

PKPD CAMERON HIGHLANDS

3.

PKPD JERANTUT

4.

PKPD KUALA LIPIS

5.

PKPD KUANTAN

6.

PKPD MARAN

7.

PKPD PEKAN

8.

PKPD RAUB

9.

PKPD ROMPIN

10.

PKPD TEMERLOH & BERA

 

Klinik Pergigian Daerah(KP)

1.

KP Bentong

2.

KP Cameron Highlands

3.

KP Jerantut

4.

KP Kuantan

5.

KP Lipis

6.

KP Maran

7.

KP Mentakab

8.

KP Pekan

9.

KP Raub

10.

KP Rompin