• Kemaskini :16-8-2017.

Soalan Lazim

BAHAGIAN KESIHATAN AWAM

1) Sekiranya saya hendak membuat aduan mengenai ketidakpuasan pelangggan berkaitan perkhidmatan di Klinik Kesihatan, di mana saya boleh membuat aduan tersebut?

Anda boleh membuat aduan tersebut di Pejabat Kesihatan Daerah di mana letaknya Klinik Kesihatan tersebut ataupun anda boleh menghubungi Unit Kualiti, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang di talian : 09-5707999.

2) Bagaimana cara untuk saya melaporkan insiden kejadian penyakit berjangkit seperti Penyakit Tangan, Kaki, Mulut (HFMD), Keracunan Makanan, Denggi dan lain-lain yang berlaku di kawasan saya?

Anda boleh melaporkan semua penyakit berjangkit seperti di atas kepada Pejabat Kesihatan Daerah di kawasan anda atau di mana kawasan wabak berlaku.

3) Bagaimana saya boleh mendapatkan vaksinasi seperti suntikan vaksinasi meningococal meningitis bagi tujuan menunaikan umrah?

Anda boleh mendapatkan suntikan tersebut di Klinik Swasta yang memberi perkhidmatan vaksin tersebut di kawasan anda.

4) Berapa lama tempoh seseorang Pekerja Sinaran perlu menjalankan pemeriksaan perubatan berkala dengan menggunakan 'Buku Pemeriksaan Perubatan untuk Pekerja Sinaran LPTA BM/5 (A)?

Setiap 3 tahun sekali.

5) Berapakah tempoh maksimum sah laku lesen "MENGGUNA" radas penyinar yang dibenarkan untuk klinik pergigian dan veterinar swasta?

2 tahun sahaja.

6) Siapakah individu yang dibenarkan untuk mengendali dan menggunakan mesin X-ray bagi tujuan perubatan?

Juru X-ray bertauliah sahaja dibenarkan. (Rujuk Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil.28/2010)

7) Kempen Pelalian HPV (Lindungi Anak Gadis Anda)

a) Apakah Kanser Servik?

Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.

b) Apakah Human Papilloma Virus (HPV)?

HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

c) Apakah Pelalian HPV?

Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :

  • Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
  • Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama.
  • Suntikan ketiga - 6 bulan dari suntikan pertama.

Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

d) Kenapa anak gadis 13 tahun saya perlu mendapatkan Pelalian HPV?

Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang. Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun.

e) Di mana anak gadis saya boleh mendapatkan Pelalian HPV?

Jika anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan.

f) Bagaimana sekiranya anak gadis saya yang tidak termasuk di dalam kumpulan sasar ini hendak mendapatkan pelalian?

Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.

g) Apakah peranan saya sebagai ibubapa/penjaga?

  • Beri persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda menerima pelalian secara percuma.
  • Pastikan anak anda melengkapkan tiga suntikan pelalian secara percuma.
  • 3 suntikan pelalian boleh memberi perlindungan optima untuk gadis anda dari jangkitan HPV.

h) Siapa yang akan memberi suntikan?

Suntikan akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.

i) Adakah vaksin ini halal?

Vaksin ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

j) Adakah anak gadis saya akan mengalami masalah selepas disuntik?

Pelalian ini adalah selamat. Seperti pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan. Sekiranya, anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.

k) Adakah pelalian ini akan menyebabkan anak saya mandul?

Tidak. Pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.

l) Apakah keadaan yang tidak membolehkan anak gadis saya diberi Pelalian HPV?

Anak anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut :

  • Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
  • Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
  • Hamil.

m) Apakah tindakan saya jika anak saya terlepas tarikh temujanji pelalian?

Jika anak anda tidak sihat atau tidak hadir ke sekolah pada hari pelalian, tarikh temujanji baru akan diberi oleh anggota Kesihatan.

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

1) Bagaimana untuk memohon sijil eksport (Sijil Kesihatan / Sijil Penjualan Bebas) untuk produk makanan dan minuman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia?

Sijil eksport boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu Sijil Kesihatan dan Sijil Penjualan Bebas. Bagi pengeluaran sijil kesihatan, pihak syarikat perlu memohon di Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan dengan premis kerana ia akan melibatkan pemeriksaan premis dan persampelan. Tempoh pengeluaran Sijil Kesihatan bagi premis yang telah mendapat Sijil HACCP (Hazard Analysis & Critical Control Point) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ialah dalam masa 3 hari bekerja, manakala premis yang tidak mempunyai sijil HACCP dari KKM akan mengambil masa selama 21 hari bekerja.

Manakala untuk memohon Sijil Penjualan Bebas, pemohon yang berada di Pahang boleh memohon kepada Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Tempoh pengeluaran Sijil Penjualan Bebas bagi permohonan yang lengkap adalah dalam masa 3 hari bekerja

2) Bagaimana caranya untuk mengimport produk makanan dan minuman?

>PROSEDUR RINGKAS PENGIMPORTAN MAKANAN DI BAWAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA<

3) Bagaimana untuk memohon perakuan dan sokongan lesen punca air minuman berbungkus dan air mineral semulajadi?

Premis yang berada di Pahang boleh memohon kepada Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

>CARTA ALIR DAN PERMOHONAN PERAKUAN DAN SOKONGAN LESEN PUNCA AIR MINUMAN BERBUNGKUS DAN AIR MINERAL SEMULAJADI OLEH JABATAN KESIHATAN NEGERI<

4) Bagaimana caranya untuk memohon lesen kilang ais?

Bagi memohon lesen kilang ais, pihak syarikat perlu memohon kepada Pejabat Kesihatan Daerah di mana kilang terletak.

>GARIS PANDUAN DAN PERMOHONAN LESEN PENYEDIAAN BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN<

5) Bagaimana caranya untuk industri makanan mendapatkan khidmat nasihat pelabelan?

Bagi mendapatkan khidmat nasihat pelabelan secara rasmi dan bertulis, sila hubungi pihak ibu pejabat (Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang).

>PERMOHONAN BAGI KHIDMAT NASIHAT PERLABELAN MAKANAN<

6) Di mana boleh saya dapatkan perundangan yang berkaitan dengan penyediaan makanan dan minuman?

Untuk mendapatkan maklumat mengenai perundangan terbaru dan pindaannya, sila layari Laman Web Rasmi Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan , Putrajaya (ibupejabat) iaitu (di kategori perundangan). Di sini, tuan/puan boleh memuat turun dan mencetak undang-undang yang diperlukan. Selain dari itu, tuan/puan juga boleh membeli buku undang-undang ini di kedai buku yang berhampiran.
Untuk makluman, Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 merupakan undang-undang terbaru yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009 dan akan mula dikuatkuasakan secara berperingkat pada 1 Mac 2010. Manakala penguatkuasaan sepenuhnya ialah pada 1 Januari 2014. Peraturan terbaru ini adalah mengenai keperluan kebersihan premis, pengendali makanan dan penyediaan makanan dan minuman secara keseluruhannya.

7) Bagaimana caranya untuk saya mendaftar premis makanan / minuman dengan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Untuk mendaftar premis, pihak syarikat digalakkan mendaftar secara online di laman web FOSIM . Sekiranya memerlukan bantuan untuk mendaftar premis, sila datang ke Pejabat Kesihatan Dareah yang berdekatan dengan premis tuan/puan.


BAHAGIAN PENGURUSAN

1) Bagaimanakah caranya untuk menjadi pembekal peralatan pejabat dan aset jabatan?

Pemohon perlu mengemukakan profil syarikat yang mengandungi sijil daftar syarikat, sijil kementerian kewangan, sijil kontraktor bumiputera dan salinan penyata akaun ke Unit Pengurusan Am, JKNS.

2) Sekiranya saya ingin menganjurkan acara/program dan memerlukan bantuan perubatan (Pasukan Perubatan & Ambulans), di mana dan siapakah perlu dihubungi?

Anda perlu membuat surat permohonan rasmi kepada Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang 


BAHAGIAN FARMASI

1) Apakah jenis-jenis lesen yang boleh dipohon ?

  • Lesen A bagi ahli farmasi
  • Lesen B bagi syarikat yang import &guna /beli & jual borong (wholesale)
  • Permit natrium hidroksida bagi syarikat yang membeli, menyimpan & mengguna Natrium Hidroksida
  • Lesen E bagi syarikat yang import & guna Natrium Hidroksida sahaja
  • Permit Psikotropik bagi syarikat yang membeli, menyimpan & mengguna bahan Psikotropik.
  • Permit Psikotropik (Methadone & Buprenorphine) bagi doktor

2) Bagaimanakah cara mendapatkan borang permohonan?

Borang permohonan boleh didapati daripada kaunter BPF, Tingkat 2, JKN Pahang atau boleh dimuat turun dari laman web www.pharmacy.gov.my

3) Berapakah fi bagi pemprosesan setiap jenis lesen?

  • Lesen A – percuma
  • Lesen B , Lesen E dan permit Psikotropik– RM 100
  • Permit NaOH - RM 20

4) Bagaimanakah cara pembayaran fi bagi permohonan lesen?

Pembayaran fi hendaklah melalui wang pos atau bank draf kepada Pengarah Kesihatan Negeri. Wang tunai dan cek tidak diterima

5) Berapa lamakah tempoh masa lesen disiapkan selepas penghantaran borang?

Bagi setiap permohonan LENGKAP yang diterima,setiap lesen baru akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja manakala bagi pembaharuan lesen dalam tempoh 7 hari kalendar.

6) Bilakah borang permohonan pembaharuan lesen boleh dihantar?

  • Bagi lesen A,B, E dan permit NaOH,tempoh sah lesen adalah sehingga 31 Disember tahun semasa. Permohonan pembaharuan hendaklah dihantar sebelum 31 Oktober.
  • Bagi permit Psikotropik (Buprenorphine & Methadone) tempoh sah lesen adalah sehingga 31 Jun. Permohonan pembaharuan permit hendaklah dihantar sebelum 31 Mei.

7) Bagaimanakah pemohon diberitahu sekiranya lesen telah siap dan boleh diambil? 

Pemohon lesen akan diberitahu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon bimbit pemohon.

8) Bolehkah wakil datang untuk mengambil lesen yang telah siap bagi pihak pemohon?

Boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil lesen bagi pihak beliau dengan syarat wakil perlulah membawa ‘authorization letter’ yang ditandatangani oleh pemegang lesen .

9) Apakah rujukan yang perlu dibaca bagi tujuan temuduga kefahaman lesen B dan Lesen E?

Pemohon lesen boleh merujuk Kepada Akta Racun 1952 & Peraturan-peraturannya (Poison Act 1952 & regulations) dari buku Malaysian Laws on Poisons and Sale of Drugs yang boleh diperolehi dari kedai-kedai buku. Akta ini juga boleh muat turun dari laman web www.pharmacy.gov.my

10) Bila dan bagaimanakah temuduga kefahaman lesen dilakukan?

Temuduga akan dijalankan semasa penghantaran borang permohonan yang lengkap. Temuduga akan dijalankan secara bertulis dan lisan . Markah lulus adalah 60% dan ke atas.

11) Penjelasan berkenaan Acai Berry

a) Apa itu Acai Berry?

Sejenis buah yang berwarna ungu kemerahan daripada pokok acai palm (Euterpe oleracea) yang banyak tumbuh di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Buah ini adalah merupakan makanan utama penduduk Caboclo di Amazon Brazil.

b) Kandungan Acai Berry?

Buah Acai berry adalah buah yang berkhasiat, untuk setiap 100 g serbuk kering buah acai berry mengandungi 52.2 gram karbohidrat, 8.1 gram protein dan 32.5 g lemak juga mengandungi kalsium, ferum, vitamin A, antosianin dan flavonoid.

c) Kesan antioksida Acai Berry?

Acai Berry juice has only middling levels of antioxidants—less than that of Concord grape, blueberry, and black cherry juices, but more than cranberry, orange, and apple juices." The extent to which polyphenols as dietary antioxidants may promote health is unknown as no credible evidence indicates any antioxidant role for polyphenols in vivo.

d) Bolehkah Acai Berry membantu menurunkan berat badan?

Tiada bukti saintifik yang menyatakan Acai Berry berkesan untuk menurunkan berat badan.

When the entire scientific literature to date and putative health claims of açaí are assessed, experts concluded in 2011 that the fruit is more a phenomenon of Internet marketing than of scientific substance1,2
1 Heinrich M, Dhanjia T, Casselman I (2011). "Açai (Euterpe oleracea Mart.) — A phytochemical and pharmacological assessment of the species’ health claims". Phytochem Lett 4 (3): 10–21;
2 Insufficient and unconvincing’ scientific evidence to promote acai, says review". NutraIngredients-USA.com, 16 Mar 2011.

e) Produk berasaskan Acai Berry di Malaysia

Produk berasaskan acai berry yang dijual melalui internet di Malaysia adalah seperti berikut:

  • ABC Acai Berry Soft Gel
  • Acai Berry Dietary Supplement
  • Acai Berry Slimming Herbal
  • Acai Berry Pure
  • Acai Berry Extreme
  • Acai Berry Detox
  • Nature’s Garden Acai Supreme Plus
  • Acai 1000mg
  • Acai Berry ABC Plus

Semakan yang dijalankan mendapati kesemua produk-produk ini tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia.

f) Campur palsu dengan SIBUTRAMINE

Untuk memastikan produk berasaskan acai berry ini berkesan terdapat pengilang yang tidak bertanggungjawab mencampur produk mereka dengan SIBUTRAMINE. FDA telah mengesahkan produk Acai Berry Softgel ABC mengandungi Sibutramine. http://www.fda.gov/Drugs/ResourcesForYou/Consumers/BuyingUsingMedicineSafely/MedicationHealthFraud/ucm276098.htm#.UBHVzMctU6o.facebook.

g) SIBUTRAMINE

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah membatalkan pendaftaran semua produk yang mengandungi Sibutramine pada Disember 2010 kerana kesan sampingannya yang boleh membawa maut.

h) Pengawalan Produk Kesihatan di Malaysia

Larangan terhadap pemilikan dan penjualan keluaran yang bukan keluaran yang berdaftar dengan PBKD – Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan dadah & Kosmetik 1984. Mereka yang didapati menjual atau memiliki untuk tujuan jualan produk ini boleh di dakwa di bawah Akta Jualan Dadah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000.00 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

i) Nasihat untuk pengguna

Semua produk kesihatan perlu berdaftar dengan PBKD bagi memastikan produk tersebut adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Status sesuatu produk boleh disemak di laman sesawang www.bpfk.gov.my

UNIT KEJURURAWATAN

1) Di mana saya perlu melapor diri?

Di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, bilik berpandukan pada surat panggilan yang anda terima. Sila rujuk portal JKN Pahang untuk dapatkan maklumat jururawat lapor diri di ruangan mutakhir.

2) Pukul berapa saya perlu lapor diri?

Anda perlu berada di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sebelum jam 8 pagi (waktu bekerja 8am-5pm).

3) Berapa lama saya akan berada di Jabatan Kesihatan Negeri sebelum lapor diri ke tempat yang diarahkan?

Anda akan berada di JKN Pahang lebih kurang 3 hingga 4 jam kerana pihak kami akan memberi sedikit taklimat berkaitan dengan kejururawatan, peraturan sebagai kakitangan awam dan sesi soal jawab. Pihak kami menasihatkan pihak keluarga yang mengiringi anda tidak berada di tempat anda melaporkan diri bagi mengelakkan kesesakan.

4) Adakah uniform dibekalkan untuk saya yang baru ketika melaporkan diri?

Anda tidak dibekalkan uniform tetapi anda perlu menempah sendiri uniform tersebut dan anda perlu datang melapor diri dengan uniform sepenuhnya iaitu beruniform jururawat, bertudung atau cap, tag nama dan lencana jururawat, perlu kelihatan kemas dan segak. Kain uniform akan diberikan kepada anda setelah bertugas di tempat yang telah diarahkan.

5) Adakah saya akan diberikan tempat tinggal jika saya bertugas jauh dari tempat tinggal saya?

Anda akan diberikan asrama jika hospital atau klinik tersebut ada menyediakannya. Anda perlu berikhtiar di mana anda akan ditempatkan dan sila dapatkan maklumat mengenai tempat tinggal bagi memudahkan anda mencari tempat tinggal apabila mula bertugas kelak.

6) Adakah saya boleh memohon di mana saya hendak bertugas?

Itu bergantung kepada kekosongan dan keperluan jururawat di tempat yang dipohon.

7) Adakah saya boleh melaporkan diri hari lain selain tarikh yang tercatat dalam borang panggilan melaporkan diri?

Anda boleh memaklumkan kami jika lewat melaporkan diri dengan sebab yang munasabah.

8) Jika saya cuti bersalin atau menghadiri kursus post basic, bolehkah saya diwakili oleh suami atau waris?

Bagi cuti bersalin, anda boleh diwakili oleh suami. Jika anda sedang menghadiri kursus post basic, anda perlu hadir sendiri bagi sesi melapor diri atau memaklumkan kami sebab tidak dapat hadir.

9) Bagaimana jika saya menolak jawatan yang ditawarkan?

Jika anda menolak jawatan tersebut, anda tidak perlu melapor diri dan anda perlu memaklumkan kepada pihak kami. Sekiranya anda telah bertugas dan hendak berhenti serta merta (24jam) anda perlu memberi notis perletakan jawatan bersama bayaran sebulan gaji.