Bahasa : Melayu    English
     Bantuan & Sokongan

KLIK DI SINI - Senarai Anggota JKNP menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan April
Pengurusan Buku Log latihan Anggota JKN Pahang
Tarikh :15 Disember 2009
Diterbitkan Oleh :Administrator
Hits :1162


 

Selaras dengan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 iaitu mengenai Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, Buku Log Latihan telah diedarkan kepada semua anggota JKN Pahang yang tidak terlibat dalam pelaksanaan program Continuing Professional Development (CPD).

 



Sehubungan dengan itu, dipohon T.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan supaya mengemaskini buku log latihan tahun 2009 yang telah lengkap disahkan oleh penyelia/pegawai penilai pertama masing-masing. Buku Log Latihan yang telah lengkap dan kemaskini hendaklah diserahkan kepada Pen. Peg. Tadbir (latihan), En. Shuhaimi Yahya pada atau sebelum 8 Januari 2010. Buku Log Latihan perlu diserahkan kepada unit latihan bagi tujuan penyelarasan dan rekod selain memastikan helaian pada muka surat 26 Buku Log Latihan dikepilkandi dalam Buku Perkhidmatan Anggota.

Sekian, terima kasih

--
Aji Anak Kasa
Penolong Pengarah (Latihan)

 

Kembali