Bahasa : Melayu    English
     Bantuan & Sokongan

KLIK DI SINI - Senarai Anggota JKNP menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Oktober
Info Bahagian
Promosi Kesihatan
Bahagian Kesihatan Awam
Promosi Kesihatan

A)        PENGENALAN

Unit Promosi Kesihatan, Jabatan kesihatan Negeri Pahang ditubuhkan pada tahun 1976. Unit ini dahulunya dikenali sebagai Unit Pendidikan Kesihatan sehinggalah ditukar kepada Unit Promosi Kesihatan pada tahun 2003.  Unit Promosi Kesihatan adalah salah satu daripada Unit yang terletak di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Pada peringkat awal penubuhannya, unit ini ditugaskan untuk menerbit dan mengedar bahan-bahan bercetak pendidikan kesihatan.  Pada tahun 1993, fungsi Unit ini telah beralih daripada penerbitan dan pengedaran bahan-bahan promosi kepada pengurusan program-program promosi dan pendidikan kesihatan termasuk latihan, khidmat runding promosi kesihatan, penyelidikan dan media massa.  Fungsi utama Unit Promosi Kesihatan kini adalah untuk merancang, mengurus, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai program pendidikan dan promosi kesihatan di Negeri Pahang.  Program dan aktiviti promosi kesihatan memberi perkhidmatan sokongan kepada program kesihatan awam lain, program perubatan, program pergigian dan program farmasi.  Aktiviti ini diwujudkan untuk mengintegrasikan komponen promosi kesihatan di dalam program-program tersebut di bawah Kementerian Kesihatan.

 

B)        OBJEKTIF, VISI DAN MISI

 

          OBJEKTIF

Untuk mencapai perubahan sikap dan tabiat bagi memperbaiki taraf kesihatan individu, keluarga dan masyarakat .  Matlamat ini boleh dicapai melalui usaha-usaha:

  • menyediakan maklumat kesihatan yang berkaitan kepada kumpulan sasaran khasnya dan masyarakat umumnya bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mereka mengenai kesihatan.
  • memanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri.
  • menyemai dan membangunkan sikap positif terhadap kesihatan kepada masyarakat.
  • meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan memudahkan penerimaan langkah-langkah tersebut.
  • menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan yang ada dan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan betul.

 

VISI

Untuk menjadi sebuah pusat /unit yang cemerlang dan terlibat secara profesional dalam bidang promosi kesihatan yang berkualiti bagi membolehkan masyarakat mengamalkan Cara Hidup Sihat dan seterusnya menikmati kesihatan yang optima.

 

          MISI

Untuk mempromosikan kesihatan masyarakat melalui;

  • penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara yang inovatif, saksama dan tepat pada waktu.
  • dorongan ke atas individu dan komuniti supaya mereka dapat bertindak terhadap faktor- faktor yang mempengaruhi kesihatan mereka.
  • kolaborasi antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dan dengan sektor swasta.

 

C)        PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 

          Fungsi utama unit ini adalah untuk merancang, mengurus melaksana, menyelaras dan menilai program pendidikan dan promosi kesihatan di Negeri Pahang.  Sejajar dengan itu, perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan adalah seperti berikut.

  • Perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian program pendidikan dan promosi kesihatan.
  • Pengurusan kempen-kempen seperti Kempen Cara Hidup Sihat, Sambutan Hari- Hari Khas kesihatan dan Program-Program Khas.
  • Penerbitan, pinjaman dan pengedaran bahan-bahan promosi / pendidikan kesihatan.
  • Pengurusan program promosi / pendidikan kesihatan melalui media massa.
  • Pembentukan program latihan dalam bidang promosi / pendidikan kesihatan.
  • Penyelidikan dalam bidang promosi kesihatan.
  • Khidmat runding dalam bidang promosi kesihatan.

 

Hajah Azizam bt Mohd Ali Ketua Penolong Pengarah (Promosi) S48
Promosi Kesihatan
azizam_ma@moh.gov.my 09-5707919
Puan Yantie Shahida binti Abdul Manan Pegawai Penerangan S44
Promosi Kesihatan
annasyahida_01@moh.gov.my 09-5707918
  Encik Nik Derahman bin Mamat Pegawai Pendidikan Kesihatan S41
Promosi Kesihatan
nik_upkjknp@moh.gov.my 09-5707922
Puan Ruffina Dalis Jimen Pegawai Pendidikan Kesihatan S41
Promosi Kesihatan
ruffina@moh.gov.my 09-5707917
Cik Nur Azurin binti Ramli Pegawai Penerangan (Pendidikan Kesihatan) S41
Promosi Kesihatan
  Encik Mohamad Amin bin Idris Pegawai Penerangan (Pendidikan Kesihatan) S41
Promosi Kesihatan
Encik Shaharuddin bin Mat Nor Juru Audio Visual N22
Promosi Kesihatan
smn@moh.gov.my
Encik Mohd Badrul Risham bin Jusoh Pereka B17
Promosi Kesihatan
badreka@moh.gov.my 09-5707923
Encik Wan Mansor b. Wan Abdullah Juru Audio Visual N17
Promosi Kesihatan
09-5707923
Encik Raflee bin Mohd Sharif Juru Audio Visual N17
Promosi Kesihatan
raflee@moh.gov.my
Encik Muhammad Kamil bin Mahussin Pembantu Kesihatan Awam U17
Promosi Kesihatan
muhdkamil@moh.gov.my
  Encik Mohd Faizal Azli bin Zulkefli Pembantu Kesihatan Awam U17
Promosi Kesihatan
  Encik Ahmad Arif bin Abdul Wahab Pembantu Kesihatan Awam U17
Promosi Kesihatan
ahmadarif.aw@moh.gov.my 09-5707616
Encik Khairul Anuar bin Mohd Kamal Pembantu Am Pejabat N01
Promosi Kesihatan
khairul_anuar@moh.gov.my 09-5707921
Carta Organisasi Promosi Kesihatan