Bahasa : Melayu    English
     Bantuan & Sokongan

KLIK DI SINI - Senarai Anggota JKNP menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan September
Info Bahagian
Perkhidmatan Kejuruteraan Operasi Hospital
Bahagian Perubatan
Perkhidmatan Kejuruteraan Operasi Hospital

1.             UNIT PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL (PEJABAT PENGARAH NEGERI)

Unit ini terdiri daripada kakitangan teknikal berkaitan kejuruteraan seperti jurutera dan penolong jurutera

Pengwujudan perjawatan jurutera pelbagai bidang iaitu Awam, Mekanikal, Elektrik dan Elektronik.   Ini adalah perlu dalam memberi khidmat nasihat teknikal yang spesifik mengikut skop masing-masing,  bagi memenuhi skop kategori Perkhidmatan Sokongan Hospital yang diberi iaitu Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS), Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS), Perkhidmatan Pengurusan Pendobian dan Linen (LLS) serta Perkhidmatan Pencucian (CLS)

Selain daripada itu khidmat nasihat dalam projek-projek pembangunan juga turut diberikan bagi memastikan setIap aspek teknikal adalah berpandukan kepada pematuhan terhadap arahan kerja serta prosedur yang betul

 

2.         UNIT PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL (PERINGKAT NEGERI & HOSPITAL)

Unit Operasi Hospital adalah salah satu subprogram di bawah Unit Perkhidmatan Kejuruteraan JKN Pahang yang mula ditubuhkan pada Januari 2010.  Unit Operasi Hospital adalah satu unit baru dibawah Program Perubatan dalam organisasi JKN Pahang buat masa ini.

Tujuan penubuhan unit ini adalah untuk mengawalselia Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital yang dilaksana oleh pihak syarikat konsesi dan memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan bidang kejuruteraan di semua hospital di Negeri Pahang, bagi mengambilalih fungsi syarikat juruperunding SIHAT

Misi unit Operasi Hospital adalah sentiasa berusaha untuk memastikan Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital yang diberi adalah memberi manafaat sepenuhnya, kepada institusi kesihatan khususnya dan dapat membantu menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan.

 

Puan Aida Marlizawati bte Maharam Ketua Penolong Pengarah (Kejuruteraan Operasi Hosp J52
Perkhidmatan Kejuruteraan Operasi Hospital
aidamarliza@moh.gov.my 09-5707945
Encik Mohamad Fakhruruddin bin Romeli Jurutera (Elektrik) J41
Perkhidmatan Kejuruteraan Operasi Hospital
fakhruruddin@moh.gov.my 09-5707948
Cik Siti Noriham binti Suhaimi Jurutera (Awam) J41
Perkhidmatan Kejuruteraan Operasi Hospital
sitinoriham@moh.gov.my 09-5707950
  Puan Sharifah Nur Hazirah binti Syed Badri Jurutera (Elektronik) J41
Perkhidmatan Kejuruteraan Operasi Hospital
snurhazirah@moh.gov.my
Puan Salbiah binti Mohd Lazim Pembantu Tadbir N17
Perkhidmatan Kejuruteraan Operasi Hospital
sallazim@moh.gov.my 09-5707943
Carta Organisasi Perkhidmatan Kejuruteraan Operasi Hospital