Jabatan Dietetik dan Sajian

imgalt
imgalt

Mulai awal Mac 2005 Jabatan Dietetik & Sajian telah berpindah dari Hospital Mentakab dan merupakan jabatan pertama yang beroperasi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Oleh kerana jabatan ini memainkan peranan penting dalam penyediaan makanan kepada pesakit dalam wad, maka penyediaan makanan pesakit yang yang masih berada di Hospital Mentakab dilakukan secara penghantaran pukal menggunakan kenderaan khas. Pada masa yang sama tersebut merupakan masa adaptasi anggota kepada peralatan dan sistem perkhidmatan sajian yang serba baru. Pelaksanaan sistem sajian secara ‘Centralised Plating’ dibuat secara berperingkat serentak dengan perpindahan pesakit dari Hospital Mentakab ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada pertengahan April 2005.

Lokasi : Aras 1

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Ketua Jabatan 5310
Pegawai Dietetik 5311 / 5312
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan 1000 / 1001 / 1002
Dapur 1003

 Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

PERKHIDMATAN DIETETIK

  1. Tiap pesakit yang dirujuk akan mendapat perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio ekonomi.
  2. Tiap pesakit yang dirujuk akan diberi maklumat yang jelas mengenai aspek penjagaan diet bersesuian mengikut keadaan penyakit masing-masing.
  3. Jangka masa kaunseling diet:
  • Bagi pesakit yang baru dirujuk : 30-45 minit
  • Bagi pesakit ulangan : 15-20 minit
  • Bagi pesakit dalam yang dirujuk, pesakit akan diberi perkhidmatan klinikal diet dalam tempoh 24 jam bagi kes-kes kritikal dan dalam tempoh 48 jam bagi kes-kes tidak kritikal.
  • Maklumat akan diberikan kepada pesakit berkenaan penyakit dan perawatan.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

PERKHIDMATAN SAJIAN

Memberikan diet harian yang betul mengikut Standard Kementerian Kesihatan Malaysia dan sesuai dengan keperluan pemakanan pesakit serta mengikut selera dan citarasa tempatan. Ia mesti menyumbangkan nutrien yang mencukupi bagi membolehkan badanberfungsi dengan normal untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu rosak. Makanan yang disediakan dijamin selamat dan tidak akan menyebabkan keracunan makanan. Diet pesakit akan disediakan mengikut pesanan di wad.

DIETETIK

Perkhidmatan Klinik Dietetik (Dietitian)

  • Lokasi klinik kaunseling diet dan pemakanan: Klinik Pakar, Aras 3, bersebelahan MOPD
  • Jadual Klinik
Hari Waktu
Selasa

9.00am - 12.00pm

Dengan Temujanji SAHAJA

Rabu
Khamis

KLINIK DM (Diabetes one stop centre) – 1 kali sebulan

  • Perkhidmatan Dietetik Klinikal (pesakit luar dan pesakit dalam)
    1. Hospital Jengka – 1 kali sebulan
    2. Hospital Jerantut – 1 kali sebulan 

SAJIAN

Penghidangan Diet

Hidangan Waktu Pengambilan Troli
Sarapan Pagi 7.30am - 8.00am
Makan Tengah Hari 11.30am - 12.30pm
Minum Petang 2.30pm - 3.00pm
Makan Malam 5.00pm - 5.30pm

DIETETIK

  • Perkhidmatan dietetik klinikal - pesakit luar.
  • Perkhidmatan dietetik klinikal - pesakit dalam.
  • Pembekalan susu formula khas (entral product) kepada pesakit dalam.
  • Pembekalan susu formula kepada bayi ibu HIV positif.
  • Ceramah pemakanan.

SAJIAN

  • Perkhidmatan penyediaan makanan pesakit di wad.
  • Pembekalan makanan kepada "doktor on-call".
  • Pembekalan catuan malam (night ration).
  • Pembekalan bahan kering (dry ration).

SIJIL HALAL :- Jabatan Dietetik & Sajian telah mendapat pengiktirafan persijilan HALAL daripada JAKIM.

SIJIL HACCP :-  Telah lulus persijilan HACCP pada 2015.

SIJIL GMP :- Telah mendapat pengiktiran GMP (Good Manufacturing Practices) sejak 2011.

Bil  Tarikh  Aktiviti
1     13/01/2017  CME :Table Etiquette - " Opss!! Betul ke Salah?"
2  14/02/2017  Kursus GMP/HACCP dan Pengendalian Makanan
3    Gotong-Royong Secara Berkala
4  11/04/2017  Program Pemurnian Ilmiah
5  12/04/2017  Lawatan dari Kolej Vokasional Puteri Temerloh
6  15/04/2017  Lawatan ke Kilang Yakult
7  11/05/2017  Lawatan ke Premis Pembekal Bahan Mentah
8 02/05/2017 Menganjurkan Perhimpunan Pagi Hospital
9 25/05/2017 Kursus Pemantapan Pegawai dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Peringkat Negeri Pahang
10 03/05/2017 Pertandingan Bowling Peringkat Jabatan
11 13/06/2017 Penyediaan Bubur Lambuk
12 05/07/2017 Program Battle of The PePM HoSHAS
13 12/07/2017 Jamuan Hari Raya Jabatan
14 Sepanjang Tahun Menerima kemasukan pelajar UIAM dan UITM untuk latihan berkaitan perkhidmatan makanan dan klinikal dietetik
15 03/08/2017 Program Battle of the Chef
16 22-23/03/2017 Tempat Ketiga Pembentang Pertandingan Oral (Audit Klinikal)
17 22/07/2017 Johan Pertandingan Memasak Hari Kesihatan Peringkat Daerah Raub 
18 23/07/2021 CME : Halalkah Pilihan Kita ?
19 14/02/2022 Menganjurkan Menganjurkan Perhimpunan Bulanan Hospital Kluster Pahang Tengah bagi Bulan Februari 2022
20 25/08/2022 Program Agihan Bubur Asyura
21 25/07/2023 Kursus Jom Kurus dan Sihat 2023 : Eat Wise. Drop A Size.
22 18/08/2023 CME : Makanan dan Inovasi
24 30/04/2024 Menganjurkan Perhimpunan Bulanan Hospital Kluster Pahang Tengah bagi Bulan April 2024
26 21/08/2024 Bengkel Diet Teraputik 2024 Peringkat Hospital Kluster Pahang Tengah

23.  cme hidangan sihat 26012024

 
25. HARI INOVASI MAKANAN
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :14/03/2025 Total Visitors : 15127