Jabatan Kerja Sosial Perubatan

Perkhidmatan kebajikan telah diperkenalkan di hospital-hospital kerajaan di Malaysia sejak tahun 1952 iaitu beberapa tahun selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan. Pada peringkat awal, perkhidmatan yang diberikan lebih berupa bantuan kewangan kepada pesakit yang memerlukan. Namun, perkhidmatan ini sering disalah tafsirkan atau disamakan dengan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap golongan miskin dan tidak berupaya. Tanggapan ini tersimpang walaupun kerja sosial, khususnya kerja sosial perubatan pada dasarnya adalah salah satu cabang dalam perkhidmatan kebajikan sosial.

Peringkat awal perkhidmatan ini dikenali sebagai perkhidmatan ‘Lady Almoner’ dan kemudiannya pada tahun 1994 dikenali sebagai Jabatan Kebajikan Perubatan. Selari dengan perkembangan kerjaya dalam perkhidmatan ini, pada tahun 2002 jabatan ini telah ditukar nama kepada Jabatan kerja Sosial Perubatan (JKSP) mengikut surat Jabatan Perkhidmatan Awam Bil. JPA (S) 253/2/13 klt.85 (16) bertarikh 13 November 2002.

Hospital hanya dapat menyediakan keperluan asas perubatan, tetapi satu aspek penting untuk memelihara kesejahteraan hidup pesakit masalah sosial dan psiko-sosial mereka juga diberi perhatian. Ini disebabkan kedua-dua aspek ini mempunyai kaitan yang rapat dalam proses rawatan kepada pesakit dalam usaha merawat secara keseluruhan.

Keberkesanan perkhidmatan rawatan sosial yang direalisasikan oleh Pegawai-Pegawai Kerja Sosial Perubatan dapat dilihat melalui fungsi dan peranan Pegawai kerja Sosial Perubatan di hospital. Matlamat umum perkhidmatan sosial perubatan ialah membantu pesakit khususnya dari aspek psikososial dan sosioekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang proaktif dan boleh berdikari bersesuai dengan batas keupayaan yang di akibatkan oleh penyakitnya atau masalah yang dihadapi.

Lokasi : Aras 2

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Ketua Jabatan ( Pegawai Kebajikan ) 1058
Pegawai Kerja Sosial Perubatan 2115 / 2116
Penolong Pegawai Kerja Sosial Perubatan 1056
Pembantu Tadbir (P/O) 1052

  • Kami anggota perkhidmatan Jabatan Kerja SOsial Perubatan beriltizam untuk memberikan perkhidmatan sosial yang berkualiti kepada para pelanggan.
  • Setiap kes yang dirujuk akan diambil tindakan dalam tempoh masa 2 hari bekerja.
  • Penyediaan laporan sosioekonomi yang lengkap bagi permohonan ke agensi pemberi bantuan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.

Hari
Masa
Isnin Hingga Khamis
8.00 am - 1.00pm
2.00 pm - 5.00pm
Jumaat
8.00 am - 12.15pm
2.45 pm -  5.00pm

Dibahagikan kepada 4 skop utama :

  • Bantuan Praktik
  • Terapi Sokongan
  • Pendidikan dan Pengajaran
  • Penyelidikan & Pembangunan

Sumber bantuan Jabatan ini boleh dibahagikan kepada 2 sumber iaitu sumber kerajaan dan bukan kerajaan. 

Sumber Kerajaan :

  • Tabung Bantuan Perubatan (TBP), KKM
  • Institut Jantung Negara (sokongan pengurangan bayaran rawatan)
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Baitulmal – Majlis Ugama Islam dan Adat resam Melayu Pahang

Sumber Bukan Kerajaan

Sumber bukan kerajaan adalah pihak NGO dan juga orang perseorangan. Antara Sumber Bukan Kerajaan yang diterima :

  • Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)
  • Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKES), Daerah Temerloh
  • Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

Bil Aktiviti / Kursus Tarikh
1 Kursus Terapi Sokongan : Kerana Dirimu Begitu Berharga Tahun 2023 17/03/2023
2 CME :  Taklimat Tabung Bantuan Perubatan (TBP) KKM 11/08/2023

3. cme pesakit miskin 04102024 
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :14/03/2025 Total Visitors : 15134