2nd East Coast Surgical Nutrition Symposium 2022

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Pembedahan Am
  • Tarikh
    16 Mac 2022
  • Lokasi
    Auditorium

Jabatan Pembedahan Am Hospital Sultan Haji Ahmad Shah telah mengadakan Simposium yang bertajuk 2nd East Coast Surgical Nutrition Symposium 2022. Kursus ini merupakan anjuran kali kedua oleh Jabatan Pembedahan Am HoSHAS. Kursus ini telah dihadiri oleh kakitangan kesihatan terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai dietitik, penolong pegawai perubatan, penyelia jururawat dan jururawat yang memberi perkhidmatan ketika merawat pesakit. Tema untuk simposium kali ini adalah “Good Nutrition Creates Health”. Simposium ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Dr. Nor Azlina Binti Abdul Aziz. Di dalam ucapan Pengarah beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur iaitu Jabatan Pembedahan Am Hoshas kerana mengadakan kursus yang sangat bermanfaat dan beliau berharap agar para peserta mengambil peluang untuk memahami dan mempelajari nutrisi secara keseluruhan dan mempraktikkan apabila pulang ke tempat bertugas masing-masing kelak.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 01/06/2023 Jumlah Pelawat : 1717