Bengkel Diet Teraputik 2024 Peringkat Hospital Kluster Pahang Tengah

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Dietetik dan Sajian
  • Tarikh
    21 Ogos 2024
  • Hingga
    21 Ogos 2024
  • Lokasi
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

"Diet Tinggi Kalori, Tinggi Protein untuk Warga Emas"
 
Jabatan Dietetik dan Sajian Hoshas telah menganjurkan Bengkel Diet Teraputik 2024. Kumpulan sasaran bagi bengkel ini adalah anggota JDS bagi hospital-hospital di dalam Kluster Pahang Tengah iaitu HoSHAS, Temerloh, Hospital Bentong, Hospital Jengka, Hospital Jerantut dan Hospital Bera. Bengkel ini merupakan acara tahunan Jabatan Dietetik dan Sajian Hoshas

Tujuan penganjuran bengkel diet teraputik ini adalah untuk mempertajamkan lagi kebolehan anggota JDS dalam menyediakan pelbagai jenis menu diet teraputik yang lazat untuk pesakit dalam membantu mempercepatkan proses penyembuhan mereka.

Pada tahun ini, Bengkel Diet Teraputik 2024 mengangkat tema Diet Tinggi Kalori, Tinggi Protein untuk Warga Emas.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian, HoSHAS, Puan Nurulwafa Binti Mohad Rafadi.

Antara aktiviti menarik dan berinformasi yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung adalah slot ceramah Panduan Mengurus dan Mencegah Malpemakanan dalam Kalangan Warga Emas yang disampaikan oleh Pn. Rabiatul Adauwiyah Binti Mohd Pauzi, Pegawai Dietetik U44, HoSHAS dan pertandingan menyediakan Diet Tinggi Kalori, Tinggi Protein untuk Warga Emas. Disamping itu, peserta yang tidak terpilih untuk menyertai pertandingan akan disediakan slot kuiz diet teraputik bertemakan Diet Tinggi Kalori, Tinggi Protein untuk Warga Emas.

Seramai 24 orang peserta dari 8 buah kumpulan yang bertanding mewakili Hospital-hospital Kluster Pahang Tengah yang terdiri daripada Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dan Pembantu Penyediaan Makanan.
Hospital Bera telah menjadi juara pertandingan manakala tempat kedua dimenangi oleh HoSHAS dan bagi tempat ketiga adalah Hospital Jengka.

Pemenang dinilai berdasarkan kebolehan dan kreativiti para peserta mengolah menu yang mampu memenuhi tema tinggi kalori dan tinggi protein untuk warga emas serta kombinasi rasa dan tekstur makanan yang sesuai untuk keperluan warga emas.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 25/04/2025 Jumlah Pelawat : 28261