Hari Apresiasi OKU 2023

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Perubatan Rehabilitasi
  • Tarikh
    08 Disember 2023
  • Lokasi
    Auditorium

SAMBUTAN HARI OKU SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH, 2023

8 Disember 2023 – Bertempat di Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Sambutan Hari OKU Sedunia telah berlangsung dengan gilang gemilang oleh Jabatan Perubatan Rehabilitasi bagi meraikan pesakit-pesakit dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah yang telah berjaya menjalani rawatan di Jabatan Utama (Perubatan,Pembedahan Am, Ortopedik dan Pediatrik) dan seterusnya menjalani rawatan Perubatan Rehabilitasi secara pesakit dalam dan seterusnya pesakit luar. Selari dengan tema Hari OKU Sedunia pada tahun ini iaitu ‘Membangun OKU Madani’ , pesakit-pesakit ini telah berjaya membuktikan yang mereka mampu bangkit semula walaupun selepas bergelar Orang Kurang Upaya.

Antara pesakit yang diraikan adalah mereka yang diserang strok pada tahun ini dan dimasukkan ke Wad Bunga Raya 2A yang merupakan wad di bawah Jabatan Perubatan Dalaman dan terdapat 2 katil bagi Rawatan Intensif Rehabilitasi. Pn Zauyah merupakan antara penerima Anugerah OKU 2023 yang telah berjaya kembali bekerja selepas diserang strok pada awal tahun ini. Beliau Berjaya membuka semula kedai jualan ‘Ummi Cup Cake’ yang dimilikinya. Semangat yang cekal dan kesungguhan yang ditunjukkan pesakit menjadi punca perubahan yang sangat ketara. Selain itu juga, kesungguhan kakitangan Jabatan Perubatan Rehabilitasi dalam memastikan pesakit menerima terapi yang berterusan membuahkan hasil apabila melihat penerima-penerima anugerah pada hari ini.

Lebih membanggakan pesakit-pesakit yang dimasukkan ke katil Rehabilitasi Intensif ini tidak mengalami komplikasi teruk akibat strok seperti contracture, hemiplegic shoulder pain dan total career dependent. Perubahan yang sebegini bukan sahaja mengurangkan beban kepada penjaga malah kepada institusi hospital itu sendiri dimana kos ubat-ubatan dan kemasukan ke wad secara berulang dapat dikurangkan.
Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Dr Hjh Nor Azlina Binti Abdul Aziz diiringi Dr Sharifah Aminah Az-zahrah Binti Md Isa , Pakar Perubatan Rehabilitasi telah menyempurnakan penyampaian hadiah bagi 20 penerima anugerah yang terdiri dari pelbagai latar belakang penyakit dan kini telah berjaya kembali belajar dan bekerja. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengerusi Majlis Sambutan Hari OKU Sedunia Pn Nabilah Amira binti Mohamad Othman , dari Unit Fisioterapi dan semua staf Jabatan Perubatan Rehabilitasi yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan pada hari ini.

Majlis Sambutan Hari OKU Sedunia pada tahun ini telah disaksikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan I Dr Nur Azlina Mohammad Hashim, Timbalan Pengarah Perubatan II Dr. Rachel Shyamala a/p K.C. Chacko , Timbalan Pengarah Perubatan III Dr. Kang Kiat Hong, Timbalan Pengarah Pengurusan En. Boniface Basin Nyirob, Ketua-ketua Jabatan, Pakar-pakar, Ketua-ketua Jururawat Hospital, warga kerja HoSHAS dan ahli keluarga penerima Anugerah Hari OKU Sedunia Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 25/04/2025 Jumlah Pelawat : 28261