Kejohanan Bola Tampar Campuran Antara Jabatan HoSHAS 2024 Anjuran KESUKES

  • Jabatan / Unit
    KESUKES
  • Tarikh
    29 Jun 2024
  • Hingga
    29 Jun 2024
  • Lokasi
    Gelanggang Bola Tampar Kuarters HoSHAS

KESUKES HOSHAS telah mengadakan kejohanan bola tampar campuran antara jabatan di gelanggang bola tampar Kuaters HOSHAS

Kejohanan ini telah disertai oleh 7 pasukan dari pelbagai jabatan di HOSHAS dan PKD Temerloh selaku pasukan jemputan.

Objektif Kejohanan ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan kakitangan HOSHAS khususnya kakitangan kesihatan Daerah Temerloh.

Pengarah Hospital, Dr Hjh Nor Azlina Binti Abdul Aziz merangkap Pengerusi KESUKES turut hadir menyaksikan perlawanan akhir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan.

Berikut merupakan pemenang-pemenang pada kejohanan kali ini

Johan : Prosofol ( campuran jabatan Anest)
Naib Johan : KKSUTEM
(PkD Temerloh)
Ketiga : Bersama ( Ed Lighthing-Jabatan Kecemasan dan Geng Steelbone-Jabatan Ortopedik)

Pemenang kejohanan pada kali ini membawa pulang hadiah wang tunai RM 300 + piala iringan + medal, naib johan RM 200 + panel
dan tempat ketiga RM 100 + medal

Tahniah & Syabas diucapkan kpd Biro Sukan KESUKES yg telah berjaya menganjurkan pertandingan ini dgn jayanya.

Diharapkan dengan ada penganjuran sukan2 lain pula selepas ini dan dapat mencapai objektif yg ditetapkan.

Tahniah juga kpd pemenang2 untuk pertandingan ini.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 15/01/2026 Jumlah Pelawat : 14346