Kospen Wow Fun Run 2024

  • Jabatan / Unit
    Kospen Wow HoSHAS dan Kelab Warga Sihat (KWS
  • Tarikh
    02 Mac 2024

Program Kospen WOW fun run Hoshas 2024 anjuran Kospen WOW, Hoshas telah berlangsung dengan jayanya pada 02/03/2024.

Program ini diterajui oleh Dr Hajjah Nor Azlina Binti Abdul Aziz, Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah bersama Dr Nur Azlina Binti Mohammad Hashim, Timbalan Pengarah Perubatan 1 dan Ahli Jawatankuasa Kospen Wow, Hoshas.

Program ini merupakan kesinambungan dari program larian yang diadakan pada bulan Mei 2023 dan mendapat sambutan hangat daripada kakitangan Hospital dan masyarakat setempat.

Program ini telah disertai seramai 437 org peserta dan melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu seramai 300 orang sahaja

Objektif program ini adalah bagi memupuk cara hidup sihat dan aktif dalam kalangan penjawat awam khususnya dan masyarakat sekeliling amnya

Sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan dan 5 peserta terawal dari setiap kategori dikira sebagai pemenang iaitu kategori:
- kanak-kanak
- remaja
- dewasa lelaki
- dewasa perempuan
- veteran

Terdapat juga pameran - pameran dan photobooth cenderehati yang ditawarkan kepada peserta selain sebanyak 150 hadiah cabutan bertuah telah disampaikan

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada penjawat awam dan masyarakat untuk terus aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam aktiviti harian


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 15/01/2026 Jumlah Pelawat : 14250