Kursus Perlindungan Sinaran 2024 Peringkat Kluster Pahang Tengah

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Radiologi
  • Tarikh
    24 Oktober 2024
  • Hingga
    24 Oktober 2024
  • Lokasi
    Auditorium HOSHAS

Kursus Perlindungan Sinaran 2024 Peringkat Kluster Pahang Tengah bertemakan Radiation Safety Awareness bertarikh 24 Oktober 2024 bertempat di Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah anjuran Jabatan Radiologi HoSHAS dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUKES) dengan penyertaan seramai 100 orang peserta dari fasiliti seperti berikut :
1) Hospital Bera
2) Hospital Bentong
3) Hospital Jerantut
4) Hospital Jengka
5) PKD Jerantut
6) PKD Maran
7) PKD Temerloh
8) PKD Bentong
9) PKD Bera

Kursus Perlindungan Sinaran 2024 melibatkan pegawai dan kakitangan dari pelbagai disiplin perubatan. Kursus merupakan Program Pendidikan Perubatan Secara Berterusan (CME) yang diiktiraf oleh pihak berkuasa KKM di bawah AKTA 304 untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi. Pengiktirafan penuh telah diberikan bagi kursus ini yang mana memenuhi pengiktirafan 4 jam terkumpul tahunan sepertimana dinyatakan dalam Manual Pelaksanaan Program Jaminan Mutu (QAP) dalam perkhidmatan Radiologi yang ditetapkan di bawah AKTA 304 dan “Pekeliling Keperluan Tambahan Perlesenan di bawah AKTA 304 bagi Perkhidmatan Radiologi Dignostik” yang masih berkuatkuasa sejak tahun 1999.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 25/04/2025 Jumlah Pelawat : 28266