-
-
-
-
Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Siaran Langsung di Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh bagi Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Kesihatan Malaysia Oleh Menteri Kesihatan, YB Dr Zaliha Mustafa.
Turut hadir, Dr Hjh Nor Azlina Binti Abdu Aziz, Pengarah Hospital, Timbalan Pengarah (Perubatan) II, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan dan Unit serta Kakitangan HOSHAS mendengar Amanat Tahun Baharu 2023 oleh Menteri Kesihatan Malaysia.
Semoga amanat yang diberi memberi suntikan baharu kepada warga kerja untuk memberi perkhidmatan berkualiti dan terbaik khusus untuk masyarakat setempat.