Seperti tahun tahun-tahun sebelumnya, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah telah mengadakan Majlis Khatam Al -Quran dan Iftar Perdana sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Program dimulakan dengan Majlis khatam Al-Quran di Pusat Islam HOSHAS. Ini merupakan kemuncak Program Tadarus Al-Quran yg bermula dari awal Ramadhan melibatkan 53 orang kakitangan HoSHAS dari semua jabatan & Unit termasuk Pengurusan Tertinggi. Peserta- peserta diberikan sijil, bunga telur & pulut kuning sebagai tanda penghargaan.
Majlis diteruskan dengan Ceramah Ramadhan yang bertajuk 'Pembebasan Api Neraka' yg telah disampaikan oleh Pegawai Agama Islam Daerah Temerloh Al-Fadil Ustaz Mohamad Fadli Bin Johari di Auditorium HoSHAS.
Kemudian program diteruskan dgn penyampaian Sumbangan Hari Raya yg disampaikan kepada 66 orang terdiri daripada 56 orang kakitangan HOSHAS (Asnaf) dan 10 orang Kakitangan Pengawal Keselamatan HOSHAS oleh Pengarah HoSHAS , Dr Hajah Nor Azlina bt Abdul Aziz.
Sumbangan utk kakitangan ini telah ditaja oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan utk Pengawal Keselamatan oleh JKS Sdn. Bhd.
Majlis Khatam Al - Quran & Iftar Perdana dan dihadiri oleh Dr. Hjh Nor Azlina Binti Abdul Aziz Pengarah Hospital, Dr. Nur Azlina Binti Mohammad Hashim Timbalan Pengarah (Perubatan) I, Encik Boniface Basin Anak Nyirob Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Ketua-Ketua Jabatan & Unit & kakitangan - kakitangan HOSHAS.
Semoga Majlis ini mendapat keberkatan dan Limpah Rahmat Allah S.W.T. dpt diteruskan di masa-masa akan datang.