MASS CATARACT SURGERY INTIATIVE HOSPITAL KUALA LIPIS 13-15 MEI 2023
Pembedahan katarak secara besar- besaran melibatkan 54 dari 60 orang pesakit yang telah disenaraikan.
Program ini adalah sinergi diantara jabatan oftalmologi HTAA, HoSHAS dan Hospital Kuala Lipis.
Seramai 3 orang pakar dan 4 orang penolong pegawai perubatan dari HoSHAS telah terlibat dengan program ini iaitu Dr Haizul Ikhwan Bin Murat, Dr Goh Ee Pian, Dr Joanne Shalini A/P Chewa Raja, PPP Mohd Tarmizi Bin Sulaiman, PPP Mohd Fauzi Bin Rani, PPP Mohd Suhaidi Bin Ibrahim, dan PPP Muhammad Muharum Bin Mahasan.
Program ini telah memberi manfaat kepada pesakit- pesakit di dalam daerah kluster Pahang Barat iaitu daerah Kuala Lipis, Raub dan Cameron Highland.
Disamping itu, program ini telah mengurangkan masa menunggu bagi pembedahan katarak dari 2-3 bulan kepada hanya 4-6 minggu sahaja
Semoga program ini terus mendapatkan sokongan dari jabatan kesihatan negeri pahang dan agensi- agensi kerajaan yang lain.