Medical Outreach Programme 2024 anjuran Jabatan Perubatan Am, HOSHAS, Temerloh di Kampung Orang Asli Penderas, Kuala Krau.
Seramai 31 orang kakitangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh daripada Jabatan Perubatan Am, Farmasi dan Dietetik yang terdiri daripada kakitangan pelbagai gred dan jawatan telah menjayakan "Outreach Programme 2024" di Kampung Orang Asli Penderas.
Tujuan program ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang penjagaan kesihatan kepada penduduk-penduduk di pedalaman Kampung Orang Asli Kuala Krau.
Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan Perubatan Am Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Dr See Chee Keong dan Encik Fandi Yunus bin Seman, Tok Batin Kampung Orang Asli Penderas di Dewan Kampung Penderas.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti saringan kesihatan, kenali ubat anda termasuklah ceramah ubat-ubatan dan nasihat tentang cara pemakanan. Selain itu, perkhidmatan lawatan ubat dan kesihatan ke beberapa rumah di kawasan tersebut juga dilakukan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur program tersebut. Semoga dengan program sebegini dapat menggalakkan dan meningkatkan kualiti wargakerja HOSHAS dalam memberi perawatan kepada komuniti setempat.