Mesyuarat Pasca Banjir Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

  • Jabatan / Unit
    Pengurusan
  • Tarikh
    26 Januari 2022
  • Lokasi
    Bilik Persidangan Anggerik HOSHAS

Mesyuarat Pasca Banjir Hospital Sultan Haji Ahmad Shah telah diadakan pada 26 Januari 2022 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Persidangan Anggerik HOSHAS. Mesyuarat berkenaan dipengerusi oleh Dr. Nor Azlina Binti Abdul Aziz, Pengarah Hospital dan dihadiri oleh Timbalan- Timbalan Pengarah serta Petugas yang terlibat secara langsung semasa Bencana Banjir di Daerah Temerloh pada bulan Disember 2021 yang lalu . Mesyuarat ini turut membincangkan isu-isu yang berlaku serta penambahbaikan pada masa yang akan datang. Pengarah Hospital juga turut menyampaikan cenderahati kepada Timbalan-Timbalan Pengarah dan petugas –petugas yang terlibat semasa Bencana Banjir di Daerah Temerloh terutamanya di HOSHAS. Pengarah Hospital juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada petugas-petugas yang bertungkus-lumus dan komited dalam menjalankan tugas.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 01/06/2023 Jumlah Pelawat : 1716