15 September 2022 : Majlis Perhimpunan Bulanan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Rekod Perubatan Dan Jabatan Kerja Sosial. Majlis Perhimpunan Bulanan bertemakan "Hari Malaysia". Amanat telah disampaikan oleh Pengarah Hospital, Dr Hajah Nor Azlina Binti Abdul Aziz . Selain itu, hadirin turut berpeluang untuk menjawab kuiz "kahoot" bagi melihat sejauh manakah semangat cintakan negara. Penyampaian hadiah turut diadakan bagi Kejohanan Sukan Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun Daerah Temerloh 2022 di mana Hoshas telah mendapat tempat kedua bagi keseluruhan daripada 18 agensi yang bertanding. Tahniah dan Syabas diucapakan.