Program Derma Darah September 2022

  • Jabatan / Unit
    Tabung Darah
  • Tarikh
    01 September 2022
  • Lokasi
    Dewan Arena, Majlis Daerah Maran dan 99, Jalan Bahagia 13, Taman Bahagia Temerloh

Unit Tabung Darah HOSHAS mengucapkan terima kasih kepada para penderma darah yang telah menyumbang bakti pada 1 September 2022 ( Khamis ) di Dewan Arena, Majlis Daerah Maran. Unit Tabung Darah berjaya mengutip sebanyak 24 beg darah. Terima kasih pada pihak Majlis Daerah Maran atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program tersebut.
 
Di samping itu, Unit Tabung Darah ingin merakamkan penghargaan pada Persatuan Buddha Temerloh kerana telah berkerjasama dalam menjayakan Program Derma Darah pada 4 September 2022 ( Ahad ) di  99, Jalan Bahagia 13, Taman Bahagia Temerloh. Program tersebut telah berjaya mengutip sebanyak 47 beg darah.
 
Terima kasih kepada semua penderma darah dan penganjur atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 01/06/2023 Jumlah Pelawat : 1703