Sempena Hari Jururawat Sedunia, bahagian kejururawatan HoSHAS tidak ketinggalan mengadakan sambutan di peringkat hospital. Pada tahunan ini giliran Jabatan Obstetrik & Ginekologi yang menguruskan program-program berkaitan sambutan.
Tema bagi program ini adalah Our Nurse Our Future “Economics power of Care”. Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Hospital Dr Hjh Nor Azlina Binti Abd Aziz.
Seramai 150 orang yang hadir menyertai program ini. Sambutan pd kali ini dimulakan dgn Program Fun Walk. Pelbagai aktiviti yang menarik turut dilaksanakan seperti senam aerobik, pertandingan gubahan bunga, pertandingan masakan makanan sihat dan cabutan bertuah.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur program dan Selamat Hari Jururawat diucapkan kpd semua jururawat amnya & khususnya jururawat HoSHAS .