Program Ziarah Pesakit dianjurkan oleh Hospital Mesra Ibadah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( HOSHAS ) sempena Bulan Ramadhan. Program ini melibatkan Wad Perubatan Am Lelaki Dan Wanita. Program ini bertujuan untuk menyantuni pesakit dan menerangkan kepentingan melakukan ibadah solat walaupun dalam keadaan sakit. Setiap pesakit beragama Islam diberi sedikit cenderahati dan penerangan tentang tatacara melakukan ibadah solat semasa sakit oleh Ahli Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah HOSHAS