20 SEPTEMBER 2022 - Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Peringkat Kebangsaan diadakan bagi memantapkan keselamatan di persekitaran fasiliti kesihatan dan klinik pergigian. Program ini dijalankan secara bersemuka dan disertai seluruh fasiliti kesihatan yang terdapat di seluruh Pahang. Bagi menyemarakkan semangat sepanjang sambutan tersebut, peserta digalakkan untuk memakai pakaian oren / jingga mengikut tema.