Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023

  • Jabatan / Unit
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
  • Tarikh
    19 September 2023
  • Hingga
    19 September 2023
  • Lokasi
    Auditorium

Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023
19 September 2023 ( Selasa) ;

Buat julung-julung kalinya Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh telah terpilih menjadi tuan rumah Bagi Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 bertemakan "Engaging Patient For Patient Safety" .

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Ybhg.Dato'Dr. Asmayani Khalib.
Tetamu Kehormat yang turut hadir dalam Majlis Perasmian adalah YH. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus (Pengarah Kesihatan Negeri Pahang) , Puan Norhaliza binti A Halim (Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM), Puan Devi A/P K Saravana Muthu (Pengarah Kejururawatan KKM) dan Dr. Hjh. Nor Azlina binti Abdul Aziz (Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah).

Setelah Majlis Perasmian tamat Ybhg. Dato' Dr. telah dibawa melawat ke tapak pameran termasuk program derma darah khusus bagi sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia

Ybhg. Dato' Dr. juga telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kecemasan & Trauma. YBhg Dato' Dr. telah dibawa melawat ke cadangan tapak untuk menaik taraf Bilik Dekontiminasi yg lengkap.

Beliau juga telah ditunjukkan 'Fever Centre' yg masih dikekalkan di luar bagunan Kecemasan.

Kemudian YH Dato' Dr dibawa melawat Paeds HDU yg asalnya merupakan Burn Unit. Ia adalah utk kegunaan kes2 Pediatrik yg perlu diventilasi memandangkan HoSHAS tidak mempunyai Paediatric Intensive Care Unit ( PICU) .Terdapat 2 katil di sini. Walaubagaimanpun ada ketikanya ia mencapai sehingga 4 katil sekiranya keperluan mendesak.

Seterusnya YH Dato' dibawa pula utk melawat cadagan tapak PICU yg boleh memuatkan 5 katil. Permohonan telah diangkat utk projek RMK 12 tapi masih belum diluluskan. Keperluan amat mendesak memandangkan HoSHAS merupakan pusat rujukan bg Kluster Pahang Tengah & Pahang Barat.

Selain itu, Ybhg.Dato'Dr. juga telah mengadakan sesi bersama Pegawai Latihan Siswazah HOSHAS di Bilik Orkid & Tanjung. Sesi ini dijalankan secara tertutup oleh beliau.

Akhirnya sesi libat urus bersama Ketua-ketua Jabatan Klinikal. Sesi ini memberi peluang kpd Ketua-Ketua Jabatan untuk berinteraksi sendiri bersama dgn Ybhg.Dato'Dr. Terdapat pelbagai isu yg diutarakan & dibincangkan sepanjang sesi dijalankan.

Sebelum berakhir, majlis menandatangani buku pelawat & penyampaian cenderamata turut diadakan.

Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kpd YH Dato' Dr. yang sudi meluangkan masa melawat HoSHAS & berjumpa dengan Kakitangan Hoshas.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak terlibat bersama menjayakan program ini.

Syabas dan tahniah


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 25/04/2025 Jumlah Pelawat : 28265