Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2022 Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Otorinolaringologi
  • Tarikh
    09 Mac 2022

Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2022 peringkat Hospital telah diadakan pada 09 Mac 2022 bertempat di Unit Audiologi, Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Sambutan ini telah mendapat kerjasama dengan pihak Kolej Komuniti Temerloh. Objektif sambutan ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai penjagaan kesihatan pendengaran terutama dalam kalangan remaja dan orang dewasa. Antara faktor penyumbang kepada masalah pendengaran adalah terdedah kepada bunyi bising seperti mesin atau mendengar music yang kuat, jangkitan di telinga, faktor usia dan lain-lain. Aktiviti yang dirancang dalam sambutan ini adalah ceramah dan perkongsian dari Doktor Pakar, saringan pendengaran dan pameran kesihatan pendengaran. Fokus penyertaan adalah para pelajar kolej yang terdedah kepada bunyi bising dari mesin yang digunakan semasa kursus serta cara hidup sekarang iaitu pembelajaran secara atas talian yang menggunakan fon kepala dalam jangka masa yang lama.Pada mulanya, sambutan ini dirancang diadakan secara bersemuka di kolej tetapi disebabkan pandemik yang melanda, sambutan ini terpaksa diubah kepada mod atas talian. Walaubagaimanapun, acara ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari para pelajar kolej dengan penyertaan soal jawab serta kuiz. Akhir kata, acara ini telah mencapai objektif yang disasarkan dan diharapkan sambutan ini dapat diteruskan pada tahun akan datang dengan kerjasama pihak –pihak yang berkaitan.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2022 Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 01/06/2023 Jumlah Pelawat : 1722