Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia

  • Jabatan / Unit
    Unit Tabung Darah
  • Tarikh
    14 Jun 2024
  • Hingga
    14 Jun 2024
  • Lokasi
    Unit Tabung Darah

14 Jun setiap tahun merupakan hari bersejarah buat semua penderma darah seluruh negara kerana ianya merupakan Hari Penderma Darah Sedunia. Tema pada tahun ini "Meraikan Sambutan ke-20 Hari Penderma Darah Sedunia: Terima Kasih, Penderma Darah! ".

Tarikh 14 Jun telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau 'World Health Organization' bersama dengan 'International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies', 'The International Federation of Blood Donor Organizations' dan 'The International Society of Blood Transfusion'.

Objektif sambutan adalah bertujuan untuk memberi dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menderma darah yang selamat dan berkualiti demi menyelamatkan pesakit yang memerlukan transfusi darah. Selain itu, sambutan ini bagi menghargai dan mengenang jasa baik penderma darah serta sumbangan murni penganjur kempen derma darah yang membantu dalam kutipan darah di seluruh Malaysia khususnya di daerah Temerloh.
Unit Tabung Darah berbesar hati menerima kunjungan Pengarah Hospital, Dr Hjh Nor Azlina binti Abdul Aziz, untuk sama-sama beramah mesra dan memeriahkan kehadiran penderma darah untuk menderma darah.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan kuiz #TahukahAnda secara online yang dijalankan sejak 7 Jun 2024, teka silang kata, pameran video pemprosesan dan kegunaan produk darah serta cabutan bertuah bagi setiap penderma darah yang berjaya menderma darah.

Sejumlah 51 beg darah telah berjaya dikumpulkan sepanjang program berlangsung. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penderma darah dari kalangan kakitangan HOSHAS dan komuniti sekitar yang telah hadir menderma darah. Teruskan menderma darah secara konsisten 3 bulan sekali. Jutaan terima kasih juga buat kakitangan Unit Tabung Darah yang sentiasa bertungkus lumus menjayakan perkhidmatan transfusi HOSHAS.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 25/04/2025 Jumlah Pelawat : 28283