Sambutan World Voice Day 2022

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Otorhinolaringologi
  • Tarikh
    16 Mac 2022

Jabatan Otorhinolaringologi (ORL) HoSHAS telah mengadakan beberapa aktiviti bersempena sambutan World Voice Day. Sambutan World Voice Day sepatutnya dijadualkan pada 16 April pada setiap tahun, tetapi disebabkan oleh bulan Ramadhan, sambutan telah diawalkan pada bulan Mac 2022.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah;
1) Webinar Treating Voice Disorder,
2) Weekly Continuing Medical Education dan
3) Forum Kesedaran Kanser Peti Suara.

1) Webinar Treating Voice Disorder
Tarikh: 16 Mac 2022 Platform: Zoom Online
Webinar telah dijalankan dengan jayanya melalui platform aplikasi Zoom pada 16 Mac 2022 di mana pakar-pakar ORL dan Speech Language Therapist membincangkan topik berkenaan anatomi Larinks, penyakit-penyakit Larinks dan rawatan-rawatan yang disediakan samaada dari segi pembedahan dan therapy suara. Program disertai oleh pembantu perawatan pesakit, jururawat pelajar Speech language therapist, pegawai perubatan and pakar kesihatan keluarga. Pelbagai penyakit berkenaan suara yang serak telah dikongsikan sepanjang webinar ini. Webinar ini telah dirasmikan oleh Pengarah HosHas Dr. Nor Azlina Binti Abdul Aziz.

2) Weekly Continuing Medical Education: Hi I’m Larynx
Tarikh: 18 Mac 2022, 8am
Platform: Hybrid ( Live di auditorium dan Platform Zoom) Penyampai: Dr Luqman bin Rosla ( Pakar ORLHNS, HoSHAS)
CME bersempena World Hearing Day menyentuh berkenaan anatomi dan fisiology bagaimana penghasilan suara dihasilkan. Semasa CME dijalankan, terdapat segmen pemeriksaan peti suara secara langsung dimana Laryngeal Mimicry dijalankan dan untuk sesi ini, Jabatan ORLHNS menjemput seorang artis alih suara, Encik Isma Nazom, yang bertanggungjawab membuat alih suara untuk kartun bersiri Doraemon pada tahun 1990an. Warga HoSHAS dapat mempelajari dan mengenali bagaimana pemeriksaan peti suara dijalankan di klinik ENT. CME di tamatkan dengan perasmian World Voice Day oleh Dr Rachel Shyamala, Timbalan Pengarah HoSHAS.

3) Forum Kesedaran Kanser Larinks Tarikh: 18 Mac 2022, 3pm
Platform: Hybrid ( Live di auditorium dan Platform Zoom)
Moderator: Dr Mohd Shaiful Nizam Mamat Nasir ( Pakar ORLHNS HoSHAS) Panelist:
- Dr Mohamad Norkahfi bin Razali ( Pakar ORLHNS HoSHAS)
- Assistant Professor Dr Azwan bin Halim ( Pakar ORLHNS, SASMEC, UIAM)
- En Shamsul Rizal ( Pemandiri Kanser Larinks)

Forum ini telah dijalankan di Auditorium HoSHAS pada petang Jumaat. Tujuan forum ini adalah untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan kanser larinks dan bahaya menghisap rokok. Pemandiri kanser, En Shamsul Rizal berkali kali menekankan bahaya rokok yang menjadi punca kepada hilangnya peti suara akibat kanser. Disamping itu, forum ini juga dihadiri oleh pemandiri kanser larinks yang lain sejajar dengan tujuan utama forum iaitu mewujudkan platform networking dan kumpulan sokongan bagi pemandiri kanser larinks. Diakhir forum, hadiah disampaikan kepada pemandiri kanser yang hadir dan aktiviti berkumpulan dan sesi perkongsian sesama pemandiri kanser diadakan


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 30/05/2023 Jumlah Pelawat : 6532