Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh telah menerima sebanyak 10 unit kerusi roda sumbangan daripada pengumpulan dana kakitangan HOSHAS dengan kerjasama pihak KESUKES HOSHAS.
Sumbangan kerusi roda ini telah diserahkan oleh Dr Hjh Nor Azlina Binti Abdul Aziz, selaku Pengerusi KESUKES kepada Encik Rashidi, Ketua Unit Aset HOSHAS. Selain itu, 10 unit kerusi roda ini akan diagihkan kepada wad dan kawasan tumpuan pesakit.
Semoga program ini dapat diteruskan untuk memberi keselesaan kepada pesakit dan waris yang mendapatkan rawatan di HOSHAS.
Terima kasih dan tahniah kepada semua penyumbang dan KESUKES HOSHAS.