Hospital Mentakab mula beroperasi pada tahun 1920-an iaitu sejak zaman pemerintahan British yang kemudiannya di naik taraf sebagai Hospital Daerah. Pada tahun 1970-an ia dikenali sebagai Hospital Berpakar sebelum di kembangkan menjadi Hospital Mentakab pada tahun 1990-an. Dengan keluasan tapak 6.4 hektar (16 ekar), Hospital Mentakab mempunyai 15 blok juga merupakan hospital rujuk kepada 6 daerah. Hospital Mentakab berdiri megah di atas bukit sederhana rendah di pinggir jalan dalam menghubungkan Mentakab dan Temerloh yang sejak penubuhannya sekitar tahun 1920-an telah menjadi kebanggaan kira-kira sejuta penduduk sekitar Temerloh dan Mentakab.
Dengan penutupan Hospital Mentakab dan beroperasinya Hospital Temerloh yang terletak di pertengahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuantan. Lokasinya di Mukim Perak dalam daerah Temerloh yang berkeluasan 44 ekar dan dikelilingi taman yang menghijau. Pembinaannya dimulakan pada Jun 2002 dan tamat pada 15 Jan 2005 dalam tempoh 34 bulan. Kos pembinaan adalah sebanyak RM 480 juta. Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah beroperasi hampir satu abad lamanya. Peranannya bukan sahaja kepada penduduk di daerah Temerloh malahan menjadi Hospital Rujukan bagi daerah Kuala Lipis ,Raub , Maran ,Bentong ,Jerantut dan Bera.
Perkhidmatan Hospital Temerloh beroperasi secara berperingkat dari Mac 2005 dan sepenuhnya pada 16 April 2005. Pada Isnin 27hb. Mac 2006 bersamaan 26 Safar 1427H perasmian Hospital Temerloh disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah. Pada Majlis Perasmian ini Hospital Temerloh diberi penamaan semula sebagai Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, (HOSHAS).
Hospital ini adalah Hospital Pakar Major yang merupakan Lead Hospital bagi Kluster Pahang Tengah bersama 4 hospital lain iaitu Hospital Jerantut, Hospital Jengka, Hospital Bentong dan Hospital Bera.
Hospital ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti:
1. Kemudahan Obstetrik & Ginekologi :
1.1 Laluan ke Dewan Bersalin
1.2 Patient Admission Center (PAC)
1.3 Dewan Bersalin 14 Katil
2. Rawatan Neonatal :
2.1 Wad NICU
2.2 Wad SCN
3. Kemudahan Dewan Bedah :
3.1 13 Dewan Bedah
3.2 15 Recovery Bay
4. Kemudahan Rawatan CCU/ICU :
4.1 Wad ICU 18 Katil
4.2 Wad CCU 6 Katil
5. Kemudahan Rawatan Harian :
5.1 28 Katil
5.2 3 Bilik Prosedur
6. Kemudahan Radiologi :
6.1 Digital X-Ray
6.2 Ultrasound
6.3 CT Scan
6.4 Fluoroscopy
6.5 MRI
6.6 Digital Mammography
7. Kemudahan Waris Pesakit :
7.1 Anjung Kasih
8. Kemudahan Kakitangan :
8.1 Auditorium
8.2 Perpustakaan
8.3 Bilik Seminar
9. Kemudahan Sekolah dalam Hospital
10. Taska Hospital
11. Kemudahan Kuarters Kediaman :
11.1 10 Apartmen Ketua Jabatan
11.2 42 Apartmen P&P
11.3 60 Bilik Houseman
11.4 52 Apartmen Kelas F
11.5 96 Apartmen Kelas G
11.6 100 Bilik Asrama Jururawat
12. Kemudahan Rekreasi Kuarters :
12.1 Gelanggang Bola Jaring
12.2 Gelanggang Tenis
12.3 Taman Permainan Kanak-kanak
12.4 Gelanggang Futsal