Hospital Jengka

Pengenalan

Hospital Jengka terletak di Bandar Tun Abdul Razak Jengka di dalam Daerah Maran, Pahang.Bandar Tun Abdul Razak Jengka menjadi pusat kepada Segitiga Jengka yang terdiri dari gugusan 25 buah Tanah Rancangan FELDA di Wilayah Jengka meliputi 3 daerah (Maran, Temerloh dan Jerantut).

Wilayah Jengka telah dibuka pada tahun 1967 dan projek Hospital Jengka diluluskan dalam RMK-5. Disamping itu, keluasan tapak hospital adalah 54 ekar dan mula dibina dalam tahun 1992. Hospital Jengka adalah sebuah Hospital Daerah tanpa pakar.

Mula beroperasi pada 1hb Ogos, 1994.

Hubungi Kami

Hospital Jengka
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang Darul Makmur.

No. Telefon
+6094662333 (Hunting line)
+6094663213, +6094663211, +6094662324

No. Faksimili
+6094663215

Perkhidmatan

Pentadbiran

Wad Bersalin

Wad Kanak-Kanak

Wad Lelaki

Wad Perempuan

Kecemasan

Hemodialisis

Klinik Pakar

Pengimejan Diagnostik

Farmasi dan Bekalan

Rekod Perubatan

CSSU

Rehabilitasi

Sajian Makanan

Patologi

Kawalan Infeksi

Kemudahan

Kafeteria

Kedai Sihat

Tandas Awam

Balai Pelawat

Surau

  • Piagam Pelanggan

    PIAGAM PELANGGAN BAGI PERKHIDMATAN BARISAN HADAPAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    Komitmen kami adalah memberikan perkhidmatan yang cepat, cekap dan berlandaskan ciri-ciri khidmat penyayang, profesional dan kerja berpasukan serta sedia membantu:-
    1. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang sebaik mungkin secara professional
    2. Setiap pelanggan akan diberi rawatan sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, agama atau taraf sosio-ekonomi
    3. Setiap pesakit boleh mendapatkan penjelasan dan nasihat daripada anggota hospital mengenai perkhidmatanyang diberi kepadanya
    4. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangankan termasuk risiko dan pilihan yang lain
    5. Segala maklumat dan rawatan mengenai pesakit adalah sulit dan hanya boleh diberi tahukepada pihak tertentu dengan keizinan dan tertaluk kepada undang-undang
  • Sejarah

    Asalnya terdiri dari dua buah bangunan kayu yang berasingan dipanggil Klinik Kesihatan dan Hospital Desa , bermula pada tahun 1978. Mempunyai beberapa kakitangan terdiri dari Pegawai Perubatan, Pem. Perubatan, Jururawat, Atenden dan Pemandu. Ianya adalah dibawah pentadbiran Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh yang kemudiannya diambil alih oleh Pegawai Kesihatan Daerah Maran .

    Projek Hospital Jengka diluluskan dalam RMK –5 dan keluasan tapak hospital adalah 54 ekar. Mula dibina dalam tahun 1992. Hospital Jengka adalah sebuah Hospital Daerah tanpa pakar. Mula beroperasi pada 1hb Ogos, 1994.

    Bermula dengan 59 buah katil. Sekarang mempunyai 70 buah katil. Memberi perkhidmatan kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan Segitiga Jengka.
  • Carta Organisasi

  • Visi, Misi & Objektif

    PERNYATAAN VISI
    Menjadi sebuah kemudahan kesihatan yang cemerlang dan berkualiti dalam memberi perkhidmatan perawatan, penjagaan dan pengurusan pelanggan.

    PERNYATAAN MISI
    Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan cekap serta berinovasi kepada masyarakat berlandaskan ciri – ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

    PERNYATAAN OBJEKTIF
    1. Memberi perkhidmatan yang bercirikan perkhidmatan penyayang, semangat kerjasama dan profesionalisme berlandaskan moto Khidmat Mulia.
    2. Meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan kepada pelanggan dengan penekanan terhadap kualiti, inovasi dan promosi kesihatan serta tanggungjawab individu dan komuniti.
    3. Mewujudkan budaya kerja yang cemerlang melalui peningkatan pengetahuan semua anggota serta penyeliaan yang berterusan. 
  • Unit Rekod Perubatan

    • Pengenalan

      Unit Rekod Perubatan Hospital Jengka, Bandar Tun Abdul Razak Jengka merupakan Unit Sokongan Klinikal yang  bertanggungjawab menguruskan maklumat dan rekod-rekod seluruh hospital yang meliputi Pesakit Luar (PL) dan Pesakit Dalam (PD) supaya dapat membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang  cekap  dan berkesan. Peranan unit ini adalah memberikan perkhidmatan mengikut Garispanduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah seperti berikut :

      1. Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit (RPP). Rekod Perubatan Pesakit adalah terdiri daripada rekod Pesakit Dalam (PD) dan Pesakit Luar (PL) serta filem x-ray. Unit Rekod Perubatan menentukan sistem penyimpanan dan pergerakan rekod-rekod berkaitan adalah selamat dan terjaga. Rekod - rekod yang disimpan adalah mudah dikesan apabila diperlukan dan dijaga kerahsiaannya.
      1. Penyediaan Laporan Perubatan (LP). Laporan Perubatan (LP) adalah dokumen yang disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia (Akta Fi 1951-Perintah Fi (PERUBATAN) 1982 mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh seseorang pesakit di hospital berdasarkan Rekod Perubatan Pesakit (RPP).
      1. Penyediaan Laporan Statistik. Mengumpul dan membuat analisa  serta semakan statistik Pesakit Dalam (PD), Pesakit Luar (PL) dan Sokongan Klinikal berdasarkan format yang telah ditetapkan secara bulanan dan tahunan.

       LokasiKedudukan tengah berhampiran dengan Wad Perampuan, Unit Sajian Makanan dan Bilik Pendidikan.

    • Sambungan Utama
      Jawatan / Lokasi No Sambungan
      Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N29  5313
      Penolong Pegawai Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 244
      Penolong Pegawai Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 244
      Pembantu Operasi N11 244
    • Piagam Pelanggan

      (Kakitangan Rekod Perubatan)

      1. Memastikan semua dokumen perubatan pesakit di simpan dengan selamat dan di kategorikan “SULIT”.
      2. Merahsiakan segala maklumat pesakit serta tidak akan di dedahkan tanpa keizinan pesakit.
      3. Menyediakan laporan perubatan/bedah siasat dalam masa 14 hari waktu bekerja dari tarikh diterima (dokumen lengkap).
      4. Memastikan dokumen perubatan yang diperlukan oleh wad/unit kecemasan dapat disediakan dalam tempoh 30 minit (satu rekod perubatan pesakit)
      5. Membuat pelupusan bagi semua dokumen perubatan yang telah cukup tempoh simpanan.
      6. Memastikan Statistik & data pesakit yang tepat dan lengkap akan di hantar setiap bulan ke Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP).
      7. Komitmen kami sebagai anggota Unit Rekod Perubatan untuk memberikan perkhidmatan yang cepat, cekap, mesra, peramah dan adil.                           

      (Pesakit/Pelanggan)                                                                                                  

      1. Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang diguna pakai dan;
      2. Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan.
    • Waktu Perkhidmatan

      Unit Rekod Perubatan beroperasi seperti berikut :

      Hari Waktu Operasi Pejabat
      Isnin - Khamis

      8:00 pagi hingga 1:00 petang

      2:00 petang hingga 5:00 petang

      Jummat

      8:00 pagi hingga 12:15 tengahari

      2:45 petang hingga 5:00 petang

    • Jenis Perkhidmatan

      Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit

      • Rekod Perubatan akan disimpan mengikut tempoh yang ditetapkan dan proses perlupusan akan dilakukan mengikut tatacara perlupusan yang telah ditetapkan.
      • Pegawai Perubatan perlu menyediakan “Discharge Summary” dalam tempoh 48 jam selepas pesakit discaj.
      • Semua rekod perubatan pesakit dalam perlu di despatch ke Unit Rekod Perubatan (URP) dalam tempoh 72 jam hari bekerja selepas pesakit discaj.
      • Rekod Perubatan Pesakit tidak boleh dibuat salinan kecuali dengan kebenaran Pengarah Hospital atau mahkamah.

      Pengurusan Laporan Perubatan

      Fungsi Bahagian Pengurusan Laporan Perubatan adalah memproses permohonan laporan seperti berikut :

      • Laporan Perubatan Biasa
      • Laporan Post Mortem
      • Laporan Borang Tuntutan Insuran
      • Laporan Perkeso
      • Menguruskan Laporan KWSP

      Kadar Bayaran Laporan Perubatan (LP)

      Butiran

      Warganegara (RM)

      Bukan Warganegara (RM)

      Laporan Perubatan oleh Pegawai Perubatan RM 40.00 RM 120.00
      Laporan Perubatan oleh Pakar Perubatan RM 80.00 RM 240.00
      Laporan Perubatan terperinci oleh Pakar Perubatan RM 200.00 – RM 1000.00 bergantung kepada kerumitan menyediakan laporan itu RM 400.00 – RM 2000.00 bergantung kepada kerumitan menyediakan laporan itu

      Pengumpulan Perangkaan / Statistik Maklumat Pesakit

      • Menerima dan memasukkan data Bancian Harian Wad (PER-PD) ke dalam komputer berdasar perisian komputer yang dibekalkan oleh Unit Sistem Maklumat dan Dokumentasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kemasukan data pesakit dan penyakit yang telah ditentukan kod penyakit berdasarkan International Clasification Disease 10 Version (ICD 10) dan ICD 9 bagi semua pesakit dalam yang discaj dari hospital ini ke komputer mengikut sistem yang telah dibangunkan oleh Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM).
      • Membekalkan laporan ad-hoc kepada Pengarah Hospital, pakar-pakar, pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dimohon dari masa ke semasa.
      • Menyediakan laporan Program Kesihatan seperti Cancer Registry, reten-reten kesihatan dan sebagainya yang diarahkan dari masa kesemasa.
  • Unit Pengimejan Diagnostik

    imgalt
    imgalt
    • Pengenalan

      Unit ini memulakan aktiviti sepenuhnya pada Mac 1995. Jumlah kakitangan yang ada pada masa itu terdiri dari seorang juru x-ray dan seorang pembantu perawatan kesihatan. Beroperasi dengan satu mesin statik, satu mesin mobile dan 2 mesin memproses. Sehingga hari ini unit x-ray mempunyai 4 orang juru x-ray dan 3 orang pembantu perawatan kesihatan. Aktiviti unit berjalan lancar dengan adanya modaliti seperti mesin statik, mesin mobile dan mesin computed radiography (CR) yang dapat menampung beban kerja yang semakin meningkat.

      Unit Pengimejan Diagnostik menyediakan perkhidmatan x-ray selama 24 jam kepada para pesakit yang terdiri daripada pesakit luar dan dalam. Unit ini menyediakan perkhidmatan x-ray untuk kes-kes rujukan dari klinik kesihatan, pergigian, tentera dan pihak swasta. Ia juga berfungsi sebagai perkhidmatan sokongan dalam pengesahan diagnostik dan prosedur terapeutik.

      LokasiUnit Pengimejan Diagnostik terletak di dalam satu bangunan yang sama dan bersebelahan dengan Unit Patologi, berhadapan dengan wad lelaki.

    • Sambungan Utama
       Jawatan / Lokasi No Sambungan 
       Ketua Unit  232
       Kaunter  234
    • Piagam Pelanggan

      Kami berikrar akan memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan berlandaskan ciri-ciri budaya korporat iaitu khidmat penyayang, professional, kerja berpasukan dan sedia membantu.

      Kami berjanji :

      1. Anda akan diberi perlindungan sinaran yang maksimum semasa menjalani pemeriksaan x-ray.
      2. Anda akan didaftar dalam tempoh masa 5 minit.
      3. Selepas pendaftaran anda akan dipanggil untuk menjalani pemeriksaan dalam tempoh masa 10 minit.
      4. Pemprosesan filem dilakukan dalam tempoh masa 5 minit.
      5. Penelitian filem dilakukan oleh juru x-ray dalam tempoh masa 5 minit.
      6. Selepas pemeriksaan anda akan dibekalkan filem dalam tempoh masa 5 minit.
      7. Jangkamasa keseluruhan dari pendaftaran hingga filem dibekalkan mengambil masa kira-kira 30 minit.
      8. Filem yang dihasilkan dijamin menepati standard yang ditetapkan.
    • Waktu Perkhidmatan

      Unit Pengimejan Diagnostik beroperasi seperti berikut :

      Hari  Waktu Operasi  On-Call
       Hari Kerja Biasa 8.00 AM – 10.00 PM 

      1.00 PM – 2.00 PM
      (ISNIN – KHAMIS)

      12.15PM- 2.00PM
      (JUMAAT)

      10.00PM – 8.00 AM

       
      Hari Kelepasan (HK) dan Hari Kelepasan Am (HKA)  3.00 PM – 10.00PM 

      7.00 AM – 3.00 PM 

      10.00 PM – 7.00 AM

    • Jenis Perkhidmatan

      Jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan untuk pesakit / pelanggan :-

      1. Pemeriksaan radiografi am.
      2. Pemeriksaan radiografi untuk “ medical examination “.
      3. Penghantaran filem untuk laporan pakar di HoSHAS.
      4. Temujanji untuk pemeriksaan KUB.
      5. Mendapatkan tarikh temujanji pemeriksaan khas seperi CT Scan, MRI, Ultrasound Mammografi dan lain-lain pemeriksaan khas di HoSHAS.
  • Unit Pendidikan Pesakit Hospital Jengka

    Unit Pendidikan Pesakit

    Program :
    1. Continuous Medical Education (CME) secara berjadual dan tidak berjadual setiap minggu.
    2. Pendidikan Pesakit
    3. Klinik berhenti merokok
    4. Aktiviti yang dijalankan :
       a. Ujian Kecegasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)
       b. Senam robik
       c. Berjalan 10000 langkah
       d. Aktiviti bebas denggi
    5. Pameran kesihatan di dalam program hospital dan di luar hospital
    6. Edaran bahan – bahan dalam bentuk risalah, flyer, poster, bunting dan lain-lain.
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 12/04/2024 Jumlah Pelawat : 7583