Jabatan Oftalmologi

images

Jabatan Oftalmologi mula beroperasi pada 15 September 1991 di Hospital Mentakab. Pada masa itu, Jabatan ini terdiri daripada seorang Pakar Oftalmologi, seorang Pembantu Perubatan, seorang Pembantu Jururawat dan seorang Atendan Kesihatan sahaja. Perkhidmatan utama yang dikendalikan adalah Klinik Pesakit Luar dan Pembedahan Elektif. Dalam usaha Jabatan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan rawatan dan penjagaan mata, pelbagai perkhidmatan dan program baru telah diwujudkan. Dari setahun ke setahun, Jabatan ini berkembang seiring dengan pertambahan kakitangan, pegawai dan penerimaan peralatan-peralatan baru seperti mesin laser dan Phacoemulsifation Unit pada tahun 1999. Selain itu, perkhidmatan optometri pula mula beroperasi pada tahun 2002. Pada 15 Mac 2005, Jabatan Oftalmologi telah berpindah dan beroperasi di Hospital Temerloh yang kemudiannya dikenali sebagai Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Sehingga kini, jumlah kakitangan jabatan ini adalah seramai 33 orang, terdiri daripada Pakar Oftalmologi, Pegawai Perubatan, Pegawai Optometri, Pembantu Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Tadbir.

Kini, Jabatan Oftalmologi HOSHAS merupakan pusat rujukan bagi hospital-hospital di Pahang Barat dan Pahang Tengah. Bagi memenuhi keperluan semasa dan meningkatkan perkhidmatan, Jabatan ini telah dilengkapi dengan pelbagai alatan terbaru seperti mesin Fundus Camera, mesin Corneal Topography, Phacoemulsifation, Humphreys Visual Field Analyzer, dan Laser. Selain itu, Jabatan juga mengadakan lawatan Pakar ke hospital-hospital daerah yang lain dan menjalankan pembedahan katarak di Hospital Kuala Lipis. Di antara program Jabatan adalah mengadakan Sambutan Hari penglihatan Sedunia, Sambutan hari Glaucoma Sedunia, menganjurkan Kursus Penjagaan Mata Primer, Program Saringan Kanak-kanak Sekolah, menjalankan perkhidmatan Klinik Penglihatan Terhad, Klinik Katarak 1 Malaysia, Klinik Penglihatan Binokular dan juga Klinik Kanta Sentuh.

LokasiAras 3

Lawatan / Lokasi No Sambungan
Ketua Jabatan 1568
Bilik Pakar 1569
Bilik Pegawai Perubatan 1568 / 1567 /1570
Bilik Pegawai Perubatan 1571 / 1572
Bilik MA 5402
Kaunter 5401 / 1573

Hari  Masa 
Isnin hingga Khamis  8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.00 petang 
Jumaat  8.00 pagi – 12.15 petang
2.45 petang – 5.00 petang

Hari  Klinik
Isnin  GLAUCOMA CLINIC (8.00AM-11.00AM)
ROP CLINIC (8.00AM-10.00AM)
VF AND REVIEW (8.00AM-11.00AM)
NEW CASE CLINIC (8.00AM-11.00AM)
URGENT CASE (2.00PM-3.00PM)
CYCLO RA & REVIEW (8.00AM-9.00AM)
OPERATION DAY (PTERYGIUM EXCISION) - 2/MONTH (8.00AM-3.00PM)
Selasa PRE OP CLINIC (8.00AM-11.00AM)
LASER PROCEDURE (9.00AM-11.00AM)
POST OP CLINIC (2.00PM-3.00PM)
URGENT CASE (9.00AM-10.00AM)
OPERATION DAY (8.00AM-5.00PM)
Rabu DIABETIC FOLLOW UP CLINIC (8.00AM-11.00AM)
DIABETIC NEW CASE CLINIC (9.00AM-11.00AM)
NEW CASE CLINIC (9.00AM-10.00AM)
GENERAL CLINIC (9.00AM-11.00AM)
URGENT CASE (9.00AM-10.00AM)
POST OP CLINIC (2.00PM-3.00PM)
VF AND REVIEW (9.00AM-11.00AM)
LASER PROCEDURE (2.00PM)
OPERATION DAY (GA)-2/MONTH (8.00AM-3.00PM)
Khamis DIABETIC FOLLOW UP CLINIC (8.00AM-11.00AM)
DIABETIC NEW CASE CLINIC (9.00AM-11.00AM)
NEW CASE CLINIC (9.00AM-10.00AM)
GENERAL CLINIC (9.00AM-11.00AM)
URGENT CASE (2.00PM)
POST OP CLINIC (2.00PM-3.00PM)
FFA PROCEDURE (12.00PM)
OPERATION DAY (8.00AM-5.00PM)
Jumaat   DIABETIC FOLLOW UP CLINIC (8.00AM-10.00AM)
DIABETIC NEW CASE CLINIC (9.00AM-10.00AM)
NEW CASE CLINIC (9.00AM)
GENERAL CLINIC (8.00AM-10.00AM)
URGENT CASE (9.00AM-10.00AM)
VF AND REVIEW (9.00AM-11.00AM)
LASER PROCEDURE (9.00AM-10.00AM)
Sabtu SATURDAY OT – 2/MONTH

1. Perkhidmatan Oftalmologi

  • Membuat diagnosis awal dan memberi rawatan berkaitan penyakit-penyakit mata.
  • Menerima rujukan kes dari lain-lain jabatan / hospital / pusat / klinik kesihatan kerajaan dan swasta.
  • Merujuk kes yang memerlukan rawatan khusus ke lain-lain hospital rujukan
  • Melakukan prosedur-prosedur rawatan mata
  • Melakukan pembedahan elektif seperti katarak, pterygium dan lain-lain.
  • Menerima kes-kes kecemasan dan melakukan rawatan serta pembedahan bagi kes-kes kecemasan.
  • Melakukan ‘visual rehabilitation’.
  • Lain-lain seperti menjalankan program saringan mata, kursus penjagaan mata bagi kakitangan kesihatan, memberi ceramah tentang penyakit mata dan penjagaan mata kepada umum dan lain-lain aktiviti.

2. Perkhidmatan Optometri

  • Pegawai Perubatan akan merujuk kes yang memerlukan perkhidmatan Optometri.
  • Perkhidmatan rawatan dijalankan oleh Pegawai Optometri yang bertugas ke atas pesakit yang dirujuk secara temujanji di Jabatan Oftalmologi.
  • Perkhidmatan yang dijalankan adalah:
  • Refraksi
  • Perimetri dan Biometri
  • Klinik Penglihatan terhad
  • Klinik Kanta Sentuh
  • Klinik Penglihatan Binokular dan Ortoptik
  • Pemeriksaan diagnostik khas (ujian Hess, ujian Corneal Topography, ujian Penglihatan Warna, Penyaringan Diabetik Retinopathy dan Pemeriksaan Mata Primer)

1) Hari Glaukoma

Tarikh : 30/3/2018

Terbuka kepada kakitangan dan pesakit di kawasan sekitar

glaukoma day a  glaukoma day b 

 2) World Sight Day Peringkat Negeri Pahang di Hospital Kuala Lipis

Tarikh : 14/10/2018

world sight day 102018 b  world sight day 102018 c 

 

Bil Aktiviti / Kursus Tarikh
CME : White Pupil 18/01/2019
4 CME : Proptosis 23/04/2021
5 CME : Retinopathy of Prematurity ( ROP) 24/09/2021
7 CME : Thyroid Eye Disease 05/08/2022
9 CME : Diabetic Retinopathy 07/10/2022
10 Mass Cataract Surgery Initiative HOSHAS 1.0 14-16/03/2023
11 Mass Cataract Surgery Intiative Hospital Kuala Lipis 13-15/05/2023
12 Mass Cataract Surgery Initiative HOSHAS 2.0 22-24/08/2023

 

6.



8.



9. Tajuk: Mass Cataract Surgery Initiative HOSHAS 1.0
Tarikh:14 Mac 2023 - 16 Mac 2023
Lokasi: Dewan Bedah

10. Tajuk: Mass Cataract Surgery Initiative HOSHAS 2.0
Tarikh: 22 Ogos 2023 - 24 Ogos 2023
Lokasi : Dewan Bedah

11. cme ocular trauma 13102023

1
2. cme oftal orbital cellulitis 22032024

HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 12/04/2024 Jumlah Pelawat : 7583