Jabatan Pergigian Pediatrik

images
images

Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( HoSHAS ) Temerloh mula beroperasi pada 4 Mei 2009. Ia merupakan Jabatan Pergigian Pediatrik yang kedua di negeri Pahang yang memulakan perkhidmatan pergigian pediatrik selepas Hospital Tengku Ampuan Afzan ( HTAA ), Kuantan di mana HTAA telah memulakan perkhidmatan ini sejak tahun 2002.

Perkhidmatan Pergigian Pediatrik merupakan pusat rujukan dari Pahang Barat dan Tengah serta menerima rujukan dari jabatan lain di hospital ini. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan pergigian pediatrik komprehensif yang merangkumi perkhidmatan diagnostik, promosi, pencegahan, rawatan pemeliharaan ( kuratif ), pemulihan ( rehabilitasi ), rawatan trauma pergigian dan lesi oro-fasial kepada kanak-kanak dan remaja yang berumur 16 tahun ke bawah ( pada masa rujukan ), terutamanya kanak-kanak yang berkeperluan khas.

Jabatan Pergigian Pediatrik berlokasi di Aras 3 Kompleks Klinik Pakar Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Jabatan Pergigian Pediatrik HoSHAS menempatkan 2 buah kerusi pergigian.

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Ketua Jabatan dan Pakar Pergigian Pediatrik 5423 
Pegawai Pergigian ( UG 44 ) / Pegawai Pergigian ( UG 41 ) 1581
Juruterapi  Pergigian ( U29 ) / Pembantu Pembedahan Pergigian ( U17 )  5408
Kaunter 1579

Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan seperti berikut:

  1. Setiap pesakit akan didaftarkan dalam masa 10 minit.
  2. Perundingan dan rawatan akan dimulakan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan.
  3. Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan pergigian yang sewajarnya secara cekap dan profesional.
  4. Setiap pesakit dilayan dengan mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun dan ikhlas.
  5. Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan.
  6. Setiap pesakit akan diberi maklumat aspek-aspek penting rawatan dan pencegahan penyakit pergigian.
  7. Setiap pesakit akan diberi penjelasan mengenai rawatan yang akan dijalankan.
  8. Kebenaran rawatan akan diperolehi dari ibubapa/ waris/ penjaga pesakit mengikut prosedur dan rawatan yang bersesuaian.
  9. Setiap maklumat mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan, tertakluk kepada undang-undang.
  10. Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam bilik rawatan adalah bersih dan telah melalui proses pembasmian kuman.
  11. Setiap aduan yang diterima akan disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya.

 HARI

8.00 PAGI -1.00 PETANG

1.00 PETANG - 2.00 PETANG

2.00 PETANG - 5.00 PETANG

ISNIN

  • Rondaan wad
  • Kes-kes temu janji
  • Kes-kes kecemasan

 

R

E

H

A

T

  • Rondaan wad
  • Kes-kes temu janji
  • Kes-kes kecemasan

SELASA

  • Rondaan wad
  • Kes-kes temu janji
  • Kes-kes kecemasan
  • Rondaan wad
  • Kes-kes temu janji
  • Kes-kes kecemasan

RABU

  • Rondaan wad
  • Kes-kes temu janji
  • Kes-kes kecemasan
  • Rondaan wad
  • Kes-kes temu janji
  • Kes-kes kecemasan
  1. Lawatan pakar ke Klinik Pergigian Jerantut:
    a) Hari Rabu pertama setiap bulan kecuali bulan April dan Disember
    b) Jumlah lawatan : 10 kali setahun
  2. Klinik gabungan kepakaran bersama pakar pergigian yang lain :
    a) Hari Rabu ketiga setiap bulan kecuali bulan puasa / Ramadhan dan Disember
    b) Jumlah klinik gabungan : 10 kali setahun

KHAMIS

  • Pembedahan elektif di dewan bedah ( Minggu ketiga setiap bulan )
  • Rondaan wad
  • Kes-kes temujanji
  • Kes-kes kecemasan
  • Pembedahan elektif selang sebulan

R

E

H

A

T

  • Rondaan wad
  • Kes-kes temu janji
  • Kes-kes kecemasan
 

8.00 PAGI-12.15 TENGAH HARI

 12.15 TENGAH HARI - 2.45 PETANG

2.45 PETANG - 5.00 PETANG

JUMAAT

  • Pembedahan elektif di dewan bedah ( Minggu pertama setiap bulan )
  • Rondaan wad
  • Kes-kes temu janji
  • Kes-kes kecemasan

R

E

H

A

T

  • Rondaan wad
  • Kes-kes temu janji
  • Kes-kes kecemasan
  • Mesyuarat / CDE
  1. Klinik gabungan klef bibir dan lelangit bersama Pakar Plastik, Pakar Ortodontik, Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, Pakar ENT dan Pegawai Pertuturan
    • Hari Jumaat petang setiap 3 bulan sekali
    • Jumlah Klinik gabungan : 4 kali setahun

SABTU

  1. Pembedahan elektif di dewan bedah – sebulan sekali
    • Jumlah keseluruhan: 12 kali setahun

Pegawai Pergigian di klinik bertanggungjawab keatas kes-kes yang dirujuk semasa waktu pejabat sahaja, manakala kes-kes kecemasan selepas waktu pejabat, hari cuti am atau hari minggu akan dirujuk kepada Pegawai Pergigian yang bertugas atas panggilan ( on call ).

KLINIKAL

•  Rawatan pergigian pencegahan
•  Rawatan kecemasan seperti infeksi akut oro-fasial serta kes-kes trauma oro-fasial dan pergigian.
•  Rawatan Pergigian dan Oral kepada Pesakit Keperluan Khas ( Bermasalah Perubatan, Berkecacatan Mental atau Fizikal, Kanak-kanak Sindromik, dsb. )
•  Kes-kes perubatan serta patologi mulut dan maksilofasial
•  Kes klef bibir dan lelangit
•  Rawatan pergigian rumit / kompleks
•  Pembedahan minor mulut pediatrik
•  Rawatan pergigian melalui sedasi oral atau inhalasi
•  Rawatan pergigian secara komprehensif, pembedahan elektif dan kecemasan di bawah bius umum
•  Rehabilitasi Oral dan pembinaan prosthesis
•  Perkembangan dan pertumbuhan kegigian
•  Rawatan interseptif orthodontik
•  Kelainan / Anomali Pergigian dan mulut
•  Disfungsi sendi temporomandibel
•  Pengambilan radiografi penyiasiatan di dalam dan luar mulut ( Periapical x-ray, Orthopanthogram, Lateral cephalometry, Cone-Beam Computed Tomography )

PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

Pesakit baru yang pertama kali menghadiri temujanji di Jabatan Pergigian Pediatrik mesti membawa surat rujukan, Mykid, kad pengenalan ibubapa/penjaga, surat sekolah, kad OKU (jika ada), dan passport (bagi warga asing), untuk kegunaan pendaftaran.

Rawatan Pesakit Luar seperti konsultasi, rawatan pergigian di bawah ubat sedasi oral atau inhalasi, rawatan kecemasan kes-kes trauma oro-fasial, serta rawatan patologi mulut.

Selain memberikan rawatan pesakit luar di HOSHAS, jabatan ini juga membuat lawatan dan memberikan perkhidmatan pakar kepada pesakit luar di Klinik Pergigian Jerantut berdasarkan jadual lawatan pakar.

Perkhidmatan klinik gabungan dijalankan berdasarkan jadual bagi konsultasi/perbincangan multidisiplin dengan bidang kepakaran pergigian lain dari kepakaran restoratif, ortodontik, pembedahan mulut dan maksilofisial, dan periodontik juga diadakan.

Klinik gabungan plastik dijalankan berdasarkan jadual untuk konsultasi kes klef bibir dan lelangit bersama Pakar Plastik, Pakar Ortodontik, Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, Pakar ENT dan Pegawai Pertuturan.

PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM

Pesakit dalam adalah pesakit yang dimasukkan ke wad. Jabatan ini menerima rujukan daripada disiplin-disiplin lain di HoSHAS bagi kes-kes trauma oro-fasial, infeksiakut dan perubatan serta patologi mulut. Rondaan wad akandilakukan setiap hari ( bergantung kepada kes ).

PERKHIDMATAN PEMBEDAHAN ELEKTIF, DAY CARE, PEMBEDAHAN KECEMASAN

Bagi pembedahan elektif dan Day Care, pesakit akan menjalani pemeriksaanpra-pembedahan sebelum pembedahan, seperti pengambilan sejarah dan pemeriksaan pra-pembedahan, keizinan pembedahan, pengambilan spesimendarah, filemradiografi, dan rujukan ke klinik Anestesia untuk dinilai tahap kesihatan pesakit oleh pakar Anestesia.

Bil  Nama Kursus  Tarikh  Sasaran 
Kursus Pergigian Pediatrik “All In A Day Work”
Peringkat Pahang Barat 
28 Jun 2018 (Khamis)  Pegawai Pergigian
Bilangan Peserta: 50 orang 
2 “Workshop on Nitrous Oxide Inhalation Sedation (NOIS) in Paediatric Dentistry  30 Ogos 2019  Pegawai Pergigian dan staf Jabatan Pergigian Pediatrik
Bilangan Peserta : 10 orang 
Bengkel “Comprehensive Approach In Managing Paediatric Dental Cases” Peringkat Negeri Pahang  26 & 27 September 2019 ( Khamis & Jumaat ) 

Pegawai Pergigian
Bilangan Peserta :
Hari Pertama 100 orang;
Hari kedua 50 orang

Kursus Pergigian Pediatrik “All In A Day Work” Peringkat Zon Pahang Barat  13 Ogos 2020  Pegawai Pergigian
Bilangan Peserta: 50 orang 
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 12/04/2024 Jumlah Pelawat : 7589