Unit Kawalan Infeksi

Unit_Kawalan_Infeksi.jpg
 

Unit Kawalan Infeksi mula ditubuhkan di Hospital Mentakab pada tahun 2000 dan hanya dikendalikan oleh seorang Jururawat Terlatih. Unit ini telah berpindah sempena perpindahan Hospital Mentakab ke Temerloh iaitu Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada 15/4/2015. Pada hari ini Unit Kawalan Infeksi mempunyai 6 anggota yang terdiri daripada seorang Penyelia Jururawat, seorang Ketua Jururawat, seorang Jururawat KUP dan tiga orang Jururawat Terlatih. Nisbah ICN / kakitangan kepada katil hospital hendaklah mematuhi norma KKM iaitu 1 : 110.

Unit Kawalan Infeksi ini menjalankan tugas mengumpul data, memantau Health Care Associated Infection (HCAI), mengawal infeksi mengikut senarai tugas yang telah ditetapkan. Unit ini diwujudkan untuk melaksanakan aktiviti/program berkaitan pencegahan dan kawalan jangkitan yang bertujuan mengurangkan jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan, serta mencegah berlakunya kes wabak yang serius. Pencegahan dan kawalan jangkitan merupakan langkah penting dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan bersih bagi pesakit dan kakitangan, dengan mengurangkan risiko penularan jangkitan. Unit Kawalan Infeksi ini berada di lokasi Aras 3 bersebelahan dengan Unit Pendidikan Pesakit dan Auditorium. 

Objektif Utama :

Mempertingkat dan menguatkuasa aktiviti pencegahan jangkitan di hospital, untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat bagi semua kakitangan, pesakit, dan pelawat.

Objektif Khusus:

  • Menyediakan Program Pencegahan dan Kawalan Jangkitan di HOSHAS.
  • Memantau kelaziman jangkitan, membuat tinjauan, dan mengawal sumber jangkitan.
  • Memastikan prosedur pencegahan jangkitan dijalankan mengikut dasar yang ditetapkan.
  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kakitangan hospital mengenai pencegahan dan kawalan jangkitan melalui pendidikan berterusan dan pemantauan.
  • Memberi nasihat berkaitan pengurusan kawalan jangkitan untuk penambahbaikan.
Maklumat Lanjut : https://sway.cloud.microsoft/E7kVu16jdhhnqGPk  

 Jawatan / Lokasi No Sambungan
Penyelia Jururawat (U42) / Jururawat KUP (U32) / Jururawat (U29) 1617 

  • Memastikan kakitangan mengamalkan Hand Hygiene melebihi 80 peratus.
  • Memastikan kadar Health Care Associated Infection (HCAI) tidak melebihi 0.4 peratus.
  • Melihat pesakit yang mempunyai Alert Organism dalam masa 1 jam pada hari bertugas selepas keputusan makmal diterima.

Hari   : Isnin – Jumaat

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

  1. Unit Kawalan Infeksi bertanggungjawab membentuk polisi dan prosedur berkaitan dengan kawalan jangkitan di hospital.
  2. Memastikan polisi dan prosedur kawalan infeksi selaras dengan polisi yang telah ditetapkan oleh National Infection and Antibiotic Control Committee ( NIACC ).
  3. Menjadi penasihat kepada keselamatan hospital ditempat yang berisiko tinggi seperti dewan bedah, icu dan lain-lain.
  4. Memberikan cadangan berkaitan langkah kawalan infeksi yang patut diambil berdasarkan data yang diperolehi.
  5. Terlibat secara langsung di dalam aktiviti kawalan infeksi untuk kejadian wabak di peringkat hospital.
  6. Lawatan ke wad/unit dilakukan untuk mengenalpasti jangkitan hospital serta pengurusan kebersihan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan melakukan remedial action untuk penambahbaikan.
  7. Aktiviti Surveillance, audit dalaman dan membuat pemantauan mengenai Health Care Associated Infection
    • Membuat perancangan untuk perlaksanaan aktiviti Surveillance di peringkat Hospital.
    • Menjalankan aktiviti Surveillance Alert Organism, dan kadar Health Care Associated Infection selaras dengan arahan daripada kementerian kesihatan Malaysia.
    • Menjalankan aktiviti audit dalaman berkaitan Hand Hygiene, kepatuhan kepada polisi kawalan infeksi dan penggunaan Disinfectant secara berkala.Terlibat dalam aktiviti Surveillance Sharp Injury dan penyimpanan rekod.
    • Menganalisa data Surveillance dan audit yang dijalankan secara berterusan. Merancang dan melaksanakan aktiviti penambahbaikan sekiranya perlu selepas analisa data dijalankan.
  8. Polisi kawalan infeksi dan antibiotik
    • Menyediakan dan menyemak polisi berkaitan kawalan infeksi dan antibiotik setahun sekali atau dari masa ke  semasa sekiranya terdapat perubahan di peringkat KKM semasa sekiranya terdapat perubahan di peringkat KKM atau Hospital.
    • Menyediakan dan menyemak polisi berkaitan penggunaan PPE, Disinfection dan Sterilization.
  9. Pendidikan dan Latihan
    • Menganjurkan program pendidikan berkaitan kawalan infeksi kepada kakitangan dari masa ke semasa. Memberikan orentasi berkaitan kawalan infeksi kepada kakitangan baru.
    • Menganjurkan ceramah secara formal dan tidak formal kepada semua kakitangan kesihatan dari masa ke semasa.
  10. Imunisasi kakitangan
    • Menyelaras dan melaksanakan program immunisasi kakitangan e.g vaksinasi Hepatitis B.
  11. Melakukan Air Sampling dan Environmental Sampling ditempat berisiko tinggi seperti Dewan Bedah atau di Unit Rawatan Bayi sebagai rutin jika terdapat Outbreak atau Renovation.

  •  Mewujudkan sebuah unit yang efektif dalam pencegahan dan pengawalan jangkitan Health Care Associated Infection (HCAI) di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.
  • Mengutamakan penjagaan perawatan yang maksima serta mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat.
  • Menyediakan program kawalan infeksi dan memastikan ianya dilaksanakan dengan berkesan.
  • Memantau pelaksanaan dan pemantauan prosedur kerja dan polisi yang ditetapkan dalam pengawalan kawalan infeksi hospital.
  • Menyediakan program pendidikan kawalan infeksi dan orientasi kepada anggota hospital, pesakit dan pelawat.
  • Memantau kualiti udara di bilik pembedahan mengikut jadual yang ditetapkan secara berkala (sampel udara / pengiraan partikel udara).
  • Menjalankan audit persekitaran di semua wad mengikut jadual.

Apakah pemantauan jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan?
Pemantauan adalah salah satu komponen paling penting dalam program kawalan jangkitan yang berkesan. Ia didefinisikan sebagai pengumpulan, analisis, tafsiran, dan penyebaran data HCAI secara sistematik dalam populasi pesakit yang tertentu.

Tujuan Pemantauan
  • Membina dan mengekalkan pangkalan data yang menerangkan kadar endemik HCAI supaya kejadian wabak dapat dikesan apabila kadar jangkitan melebihi nilai asas.
  • Mengenalpasti trend yang muncul dalam satu tempoh.
  • Menyediakan pemerhatian berterusan terhadap kes HCAI bagi tujuan pencegahan dan kawalan.
  • Mendapatkan maklumat berguna untuk menetapkan keutamaan dalam aktiviti kawalan jangkitan.
  • Menilai secara kuantitatif keberkesanan langkah kawalan bagi populasi hospital tertentu.
  • Meningkatkan peranan dan kuasa pasukan kawalan jangkitan di hospital melalui penyertaan dalam rondaan wad, rundingan, dan pendidikan kepada pekerja kesihatan.
Bagaimanakah kita mendefinisikan jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan (HCAI)?
HCAI adalah jangkitan yang diperoleh pesakit selepas 48 jam atau lebih dari kemasukan ke hospital semasa menerima rawatan bagi keadaan lain dalam persekitaran penjagaan kesihatan (CDC). Setiap definisi kes mesti diseragamkan dan konsisten. Definisi kes yang digunakan di seluruh negara akan mengikut definisi CDC.

Jenis-jenis Pemantauan:
  1. Pemantauan dan Pelaporan (hasil):
    • Healthcare Associated Infections (HCAI)
    • Healthcare Associated Blood Stream Infection (HA-BSI)
    • Healthcare Associated Multi-drug Resistance Organism (HA-MDRO) and Methicillin Resistant Staphylococcus aureus Bacteremia (MRSA-B).
  2. Pemantauan dan Pelaporan (prosedur):
    • Kebersihan tangan
    • Pemantauan Pematuhan Pakej Penjagaan Kateter Vena Pusat
    • Pemantauan Pakej Penjagaan Kateter Urin
  3. Audit:
    • Audit Pencegahan dan Kawalan Jangkitan
    • Kerangka Penilaian Kendiri Kebersihan Tangan
    • Audit pembersihan persekitaran hospital
  4. Pemantauan Lain:
    • Pemantauan hospital
    • Pemantauan pesakit berisiko tinggi / disasarkan

. Sila klik di sini

Bil Aktiviti dan Kursus Tarikh
 1 CME Sudah Terhantuk Baru Terngadah : Stop Stick!  12/02/2019
2 CME What's Hot and Spicy In Infection Control 19/04/2019
3 "Fun Walk" 2019 Hand Hygiene Day 29/06/2019
4 CME : Tanggungjawab Dalam Mengurangkan Jangkitan Covid-19 di HoSHAS 20/08/2021
5 Kursus dan Sambutan Hand Hygiene Day 2022 Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah 24/05/2022
6 CME : Unite for Safety Clean Your Hands 03/06/2022
7 Explorace Hand Hygiene Day 25/06/2022
8 Kursus Dan Sambutan Hand Hygiene Day 2023 Peringkat HoSHAS 05/05/2023
9 Hand Hygiene Day 5km Fun Run and Walk 02/09/2023
11 Kursus Kawalan Infeksi Peringkat Hospital Kluster 2023 26/10/2023
12 Kursus Infection & Prevention Control (IPC) Peringkat HoSHAS 16/05/2024
14 CME : Clean Hands, Saves Lives 07/06/2024
15 World Hand Hygiene Day 2024  07/06/2024
16 Kursus Infection Prevention & Control ( IPC ) Bil. 3/2024 12/12/2024

9. hand hygiene day 02092023

1
0. pertandingan mewarna hand hygiene day 2023 02092023

1
3. CME 18042024
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 10/02/2025 Jumlah Pelawat : 11154