Unit Perubatan Forensik

images
images

Unit Perubatan Forensik (UPF) adalah merupakan satu cabang disiplin perubatan dihospital ini. Ianya menjalankan operasi mengikut waktu pejabat. Bagi selepas waktu pejabat , Pada hari kelepasan mingguan serta cuti umum operasi hanya dijalankan secara atas panggilan ( on-call ). Unit ini akan mengurus kes-kes kematian di dalam hospital ini serta kes-kes kematian di luar hospital yang dibawa oleh pihak polis atau orang awam.

Unit Perubatan Forensik memulakan operasinya pada pertengahan bulan April 2005 dan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 200,000 penduduk di daerah Temerloh. Unit Perubatan Forensik, HoSHAS terletak di tingkat 1’Lower ground’ bersebelahan dengan Unit Kenderaan. Nombor extension : 1044 dan 5317 dibahagian kaunter utama. Dan 5315 bilik Pegawai Perubatan. Waktu operasi 8:00 am hingga 5:00 pm. Selepas waktu pejabat dan hari kelepasan ada kakitangan yang akan bertugas atas panggilan secara bergilir. Untuk ke Unit Perubatan Forensik perlu melalui pintu pagar ke -2 menyusuri kuaters kakitangan.

Lokasi : Aras 1

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Ketua Unit 5315
Bilik Pegawai Perubatan 5316
Bilik Pembantu Perubatan 1041
Bilik Bedah Siasat (Islam) 1045
Bilik Bedah Siasat (Bukan Islam) 1046
Bilik Bedah Siasat (Mayat Reput) 1047
Makmal Forensik 1048
Bilik Mesyuarat 1049
Pejabat 1044 / 5317

  1.  Waris/Pelanggan akan dilayan dengan penuh hormat, sopan dan bertimbang rasa.
  2. Urusan bedah siasat mayat (post mortem) kes mediko legal akan dilakukan seberapa segera setelah segala peraturan dipatuhi.
  3. Spesimen yang diambil akan dikendalikan dengan penuh profesional dan kerahsiaan.
  4. Mayat akan diserahkan kepada waris selepas semua urusan yang berkaitan selesai.

Skop perkhidmatan Unit Perubatan Forensik dibahagikan kepada 7 perkhidmatan yang utama:

  1. Penerimaan mayat
  2. Penyimpanan mayat
  3. Pengendaliaan bedah-siasat
  4. Pengendaliaan specimen.
  5. Pengendaliaan anggota badan dan mayat janin/bayi yang mati dalam kandungan dari wad.
  6. Penyerahan mayat
  7. Pengurusan mayat tidak dituntut
  8. Pengurusan perkhidmatan tindakan forensik ketika bencana (kematian berganda)

 

Bil Aktiviti / Kursus Tarikh
CME : The Making of Sudden Death  04/03/2022

2. forensik cme kematian akibat kemalangan jr 27102023
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 12/04/2024 Jumlah Pelawat : 7589