Unit Kewangan, Akaun dan Hasil

Unit Kewangan merupakan tulang belakang kepada pengurusan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Fungsi utama unit ini adalah memastikan kerja-kerja berkaitan dengan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Jabatan dilaksanakan mengikut arahan, Pekeliling dan Peraturan dari masa ke semasa.

  1. Mengawal dan menentukan peruntukan dibelanjakan mengikut Arahan Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan dari masa ke semasa.
  2. Mewujudkan satu sistem perakaunan yang boleh membantu pihak pengurusan dalam membuat perancangan dan keputusan.
  3. Mengadakan satu sistem maklumat pengurusan kewangan untuk mengawal prestasi.
  4. Kawalan Peruntukan dan Perbelanjaan melalui sistem eSPKB
  5. Pembayaran Emolumen - Elaun-elaun dan kemudahan kakitangan.
  6. Urusan bayaran - Pembekal dan Perkhidmatan.
  7. Pinjaman - Perumahan, komputer dan Kenderaan.
  8. Pembekalan - Alatulis dan Pakaian Seragam.
  9. Urusan pelbagai potongan gaji kakitangan - KWSP, Pinjaman dan lain-lain.

Sistem Pengurusan Kewangan yang diamalkan adalah berdasarkan kepada Sistem Belanjawan diubahsuai ataupun “Modified Budgeting System’ (MBS) yang diperkenalkan oleh kerajaan mulai 1 Januari 1990.

Berdasarkan Batas Perbelanjaan yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan, peruntukan-peruntukan yang telah diterima daripada KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah diagihkan kepada Ketua-Ketua Jabatan (Program/Aktiviti) selaras dengan Perjanjian Program yang ditandatangani.

Sebahagian besar peruntukan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang menjadi teras perkhidmatan. Ini selaras dengan dasar Kementerian Kesihatan agar kesihatan yang baik dapat menjana produktiviti serta memangkinkan ekonomi. Maka, peruntukan yang diterima daripada kerajaan digunakan untuk membiayai Pembayaran Emolumen, Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan seperti Elaun Lebihmasa, Elaun Perjalanan, Elaun Pertukaran dan Utiliti. Selain dari itu, ia juga adalah untuk membiayai Sewaan, Pembelian Alatan Perubatan, Bahan-bahan Kimia dan Ubat-Ubatan, Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil, Bangunan dan Aset.

Bagi melancarkan perjalanan kegiatan dan aktiviti hospital, kedudukan kewangan perlu berada ditahap yang baik dan pemantauan yang teliti telah digunapakai.

Perancangan dibuat berdasarkan prestasi tahunan sebelumnya mengikut peruntukan yang telah diberikan berdasarkan Program/Aktiviti/Projek yang telah dilaksanakan, dan Batas Perbelanjaan yang telah dicadangkan melalui Perjanjian Program.

Laporan Prestasi Belanjawan disediakan bagi tujuan menilai prestasi perbelanjaan setiap Jabatan/Bahagian/Unit berdasarkan kepada projek dasar sedia ada, Dasar Baru atau Dasar Sekala.  Prestasi Perbelanjaan harus seimbang dengan tahap perlaksanaan projek.  Jika terdapat mana-mana peruntukan yang hampir habis atau tidak bergerak, penjelasan lengkap akan dibuat.

Berdasarkan Batas Perbelanjaan yang diluluskan dan jumlah peruntukan atau Geran tahunan yang diberikan oleh KKM, HOSHAS akan menyesuaikan peruntukan mengikut keutamaan program.  Pada kebiasaannya Batas Perbelanjaan yang dimohon dan yang diluluskan akan berbeza.

Walaubagaimana pun, usaha dijalankan supaya perbelanjaan tidak melebihi batasnya dan Peruntukan akan diagihkan mengikut perancangan.

Lokasi : Aras 3

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Akauntan Gred WA41 1346
Penolong Akauntan Gred W32 5375
Pembantu Tadbir Kanan W22 2101
Pembantu Tadbir Kanan W22 2103 
Pembayaran Bil Syarikat 1327 / 1310 
Elaun Perjalanan / Pindah 1327
Elaun On-Call Pegawai Perubatan 1310
Elaun Lebih Masa 1315
Gaji Pegawai Perubatan , Fisio, Kumpulan Profesional & Sokongan I 1328
Gaji PPK, PPP, PPF, JM, JTMP, Juru X-Ray,Tukang Masak & Pemandu  2104
Gaji Jururawat 1317

Untuk mencapai perkhidmatan yang cekap dan mesra maka Unit Kewangan meletakkan objektif seperti berikut:

1. Menguruskan peruntukan dan perbelanjaan dengan cekap dan mematuhi segala prosedur-prosedur kewangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Menguruskan baucar-baucar bayaran mengikut prosedur kewangan yang betul

HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 12/04/2024 Jumlah Pelawat : 7583