Peranan Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh adalah menguruskan maklumat dan rekod-rekod seluruh hospital yang meliputi Pesakit Luar dan Pesakit Dalam. Jabatan ini merupakan unit sokongan dalam pentadbiran maklumat-maklumat pesakit. Jabatan Rekod Perubatan mempunyai seramai 24 orang kakitangan yang terdiri dari jawatan Pegawai Tadbir N41, Pen. Peg.Tadbir N36, Pen. Peg.Tadbir N32, Pen. Peg.Tadbir N29, Pembantu Tadbir N22, Pembantu Tadbir N19 dan Pembantu Operasi.
Peranan Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh adalah dalam memberikan perkhidmatan seperti berikut mengikut Garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membantu pihak hospital member perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan dengan penggunaan ‘Hospital Information System’ (HIS).
1. Rekod Perubatan Pesakit
Rekod Perubatan Pesakit adalah terdiri daripada rekod pesakit dalam dan pesakit luar serta filem x-ray. Jabatan Rekod Perubatan menentukan sistem penyimpanan dan pergerakan rekod-rekod berkaitan adalah selamat dan terjaga. Rekod- rekod yang disimpan adalah mudah dikesan apabila diperlukan dan dijaga kerahsiaannya.
2. Laporan-Laporan yang dikeluarkan daripada Jabatan Rekod Perubatan adalah :
- Laporan Perubatan
- Laporan Statistik bulanan dan tahunan kemasukan pesakit dalam/kedatangan pesakit luar.
- Laporan Kesihatan dan Ad-Hoc, Jabatan Rekod Perubatan menentukan laporan-laporan berkenaan dikemaskinikan tepat serta dapat dikeluarkan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.
3. Penubuhan Lembaga Perubatan Dan Jemaah Doktor (PERKESO)
Jabatan Rekod Perubatan menentukan penubuhan Lembaga Perubatan serta Jemaah Doktor dapat dikendalikan mengikut tatacara yang ditetapkan.
Lokasi :
Pejabat Pentadbiran Utama di aras 3 yang menguruskan permohonan Laporan Perubatan, pengurusan Laporan Perangkaan Hospital dan pengurusan Rekod Perubatan (Pustaka Berlian)
Tempat bilik fail iaitu di aras 3 (Pustaka Berlian), aras 4 (Pustaka Kristal & Pustaka Mutiara) dan aras 9 (Pustaka Intan)
Jawatan / Lokasi | No Sambungan |
Pegawai Tadbir Rekod Gred N41 (Ketua Jabatan Rekod) | 5379 |
Penolong Pegawai Tadbir Gred N36 | 1354 |
Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 | 5378 |
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 | 1357 |
Ketua Pembantu Tadbir N22 | 5377 |
Pejabat Kakitangan Aras 3 (Statistik/Pengurusan Rekod) | 1351 |
Bilik Fail Aras 3 (Pustaka Berlian) | 1355 |
Bilik Fail Aras 4 (Pustaka Kristal) | 2041 |
Kaunter Laporan Perubatan | 1356 |
Tarikh Kemaskini : 2 Januari 2019
Jabatan Rekod Perubatan beroperasi seperti berikut :
1. Waktu Pejabat :
Hari | Masa |
Isnin hingga Khamis | 8.00 am - 1.00 pm 2.00 pm - 5.00 pm |
Jumaat | 8.00 am - 12.15 pm 2.45 pm - 5.00 pm |
2. Cuti Mingguan dan Hari Kelepasan Am :
Tugasan pengesanan rekod perubatan bagi kes kecemasan atau segera selepas waktu pejabat, cuti mingguan dan hari kelepasan am akan dilakukan berdasarkan :
Terdapat tiga bahagian/fungsi utama Jabatan Rekod Perubatan adalah seperti berikut :
Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit
Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit yang meliputi penyimpanan dan pergerakan rekod-rekod yang mendapat rawatan di hospital ini. Fungsi utama bahagian iai adalah memastikan :
Polisi Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit telah menentukan beberapa perkara yang perlu dipatuhi seperti berikut :
Pengurusan Laporan Perubatan, Jemaah Doktor Perkeso dan Lembaga Perubatan
Laporan perubatan ialah laporan yang disediakan oleh pegawai perubatan mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh individu semasa di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.
Laporan akan disediakan apabila ada permohonan diterima daripada pesakit, waris, majikan, polis, mahkamah, peguam, agensi kerajaan, agensi swasta dan individu bagi urusan yang berkaitan dengannya.
Fungsi Bahagian Pengurusan Laporan Perubatan adalah memproses permohonan laporan seperti berikut :
Prosedur Permohonan Laporan Perubatan
Permohonan Laporan Perubatan hanya akan diproses setelah permohonan lengkap secara bertulis dikemukakan dan disertakan dokumen berikut :-
Sekiranya permohonan laporan perubatan bagi pesakit yang telah meninggal dunia / koma, mohon kerjasama untuk mengemukakan dokumen berikut: -
Nota:
Alamat bagi tujuan pos seperti berikut :-
Jabatan Rekod Perubatan
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Jalan Maran
28000 Temerloh
Pengumpulan Perangkaan / Statistik Maklumat Pesakit
Statistik yang dikumpulkan adalah maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Maklumat yang dikumpulkan adalah terdiri daripada pesakit dalam dan pesakit luar.
Fungsi bahagian ini adalah seperti berikut :
Bil | Aktiviti dan Kursus | Tarikh |
1 | CME Keselamatan Rekod Perubatan Pesakit | 06/12/2019 |