Unit Pendidikan Kesihatan

imgalt
imgalt

Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh adalah salah satu unit di bawah naungan sokongan klinikal iaitu di bawah Timbalan Pengarah Perubatan (Pengurusan Klinik)

LokasiAras 3

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Unit Pendidikan Pesakit 1618

Waktu pejabat :

Isnin hingga Jumaat
8.00 pagi hingga 5.00 petang

Klinik Berhenti Merokok :

Setiap Khamis
2.30 petang hingga 5.00 petang

1. Kelas Pendidikan Pesakit

Unit Pendidikan Pesakit (UPP) HoSHAS pada ketika ini, menyediakan perkhidmatan dan mengelolakan kelas pendidikan pesakit secara terus berdasarkan skop modul Bahagian Pendidikan KKM iaitu berkenaan penyakit  

i. Hipertensi,
ii. Asma,
iii. Diabetes dan
iv. BuahPinggang

2. Klinik Berhenti Merokok

Selain itu UPP berperanan mengendalikan Klinik Berhenti Merokok yang telah beroperasi sejak tahun 212 secara formalnya. KBM ini diselaraskan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan dan dibantu sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Perubatan (Kanan) serta mendapat sokongan dari Jabatan Perubatan & Jabatan Farmasi HoSHAS.



1.  Aktiviti Kecergasan Fizikal Warga Kerja

UPP jugan merupakan pengerak utama aktiviti kecergasan fizikal bagi warga kerja HoSHAS dengan aktiviti-aktiviti seperti :-
i. Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK
ii. Senamrobik
iii. Berbasikal
iv. Berjalan Kaki 10’000 Langkah
v. Pendakian
vi. Perkhemahan
vii. Aktiviti kenderaan pacuan 4 roda

2. Sambutan Hari Khas Kesihatan

UPP jugamerupakan perancang, pengelola serta pelaksanaan untuk program sambutan Hari Khas Kesihatan terpilih setiap tahun. Dan sekurang-kurangnya penganjuran sambutan dibuat untuk 3 hari khas sambutan.

3. Penerbitan / Cetakan Bahan Pendidikan Pesakit & Kesihatan

UPP HoSHAS juga berperanan menyediakan bahan cetak pendidikan kesihatan untuk pesakit dan orang ramai antaranya dalam bentuk :-
i. Risalah
ii. ‘Flyer’
iii. Poster
iv. Banner
v. Bunting
Edaran bahan-bahan cetakan juga diedarakan keseluruh hospital secara berjadual

4. Pameran Kesihatan

UPP juga melaksanakan pameran secara berkala berdasarkan tajuk atau tema kesihatan bulanan yang dikeluarkan oleh KKM. Selain iu juga pihak UPP juga selalu melaksanakan inisiatif dan peka terhadap situasi semasa dengan menukar pameran berdasarkan situasi kesihatansemasa negara dan persekitaran. Ruangan pameran tetap UPP adalah di lobi HoSHAS, laluan masuk Klinik Pakar berhadapan dispensari Jabatan Farmasi dan di hadapan Klinik Diabetes Bersepadu.

Bil Aktiviti / Kursus Tarikh
Program Jom Naik Tangga 11/01/2019
2 Program Gaya Hidup Sihat - Pendakian Gunung Telapak Buruk, Aircraft Crashed Area, Gunung Berembun, Negeri Sembilan 09/02/2019
3 Senamrobik 14/02/2019
4 Kledang Hill Challenge 2019 17/02/2019
5 Moh Naik Tangga 01/03/2019
6 Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan, Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) 17/03/2019
7 "Fun Walk" 2019 Hand Hygiene Day 29/06/2019
8 Pelancaran Kempen Membudayakan Norma Baharu di Tempat Kerja 19/10/2020
9 Kospen@Activ HoSHAS "Koi Nak Sihat Koi Buat" Walk Challenge 2021 07/03/2021
-  07/04/2021
10 Program Kecergasan dan Bimbingan Pengurusan Berat Badan
( IFitER ) , UPP, 03032023
03/03/2023
11 Program Nafas Baru Bermula Ramadan 24/03/2023
12 Osteoporosis Prevention Fun Run 2.0 03/06/2023
13 Program Intervensi Pengurusan Berat Badan, “I Fit and Eat Right”
( IFitER ) Edisi 2023 Siri 2
28/07/2023

 
1
0) OSTEOPOROSIS PREVENTION FUN RUN 2023

HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 14/03/2025 Jumlah Pelawat : 15054