Jenis Perkhidmatan
- ‘Patient Admission Centre’ (PAC)
- Panggilan ambulan untuk kes maternity
- Rawatan Pesakit Dalam
- Rawatan bersalin
- Rawatan observasi untuk kes berisiko tinggi
- Rawatan bayi baru lahir termasuk saringan bayi baru lahir, pemberian imunisasi Hepatitis dan BCG, implementasi
- ‘Baby Friendly Hospital Initiative’ dan observasi bayi
- ‘External Cephalic Version’ (ECV)
- ‘Mother Friendly’
- ‘Companian / Husband Friendly’
- Prosedur ‘Maternal Fetal Medicine’ (MFM)
- Pembedahan Obsterik dan Ginekologi
- Pembedahahan Harian Ginekologi
- Wad Obstetrik
- Wad Ginekologi
- Rawatan Ginekologi di Jabatan Kecemasan
- Rujukan ‘Interdepartmental’
- Pendidikan Kesihatan Antenatal / Penyusuan Susu Ibu / Pemakanan
- Perkhidmatan Kaunseling Penyusuan Susu Ibu / ‘Bereavement’ / Perancangan Keluarga
Fungsi
Dewan Bersalin
a. Patient Admission Centre (PAC)
- Menerima kemasukan pesakit dan membuat pendaftaran bagi kes-kes ‘walk in’ dan runjukan dari klinik dan hospital.
- Melakukan procedur seperti :
- Timbang dan ukur tinggi
- Pengambilan Vital Sign (B/P, Temp, Pulse, Resp)
- Pemeriksaan urine
- Melakukan CTG
- Palpasi Abdomen
- Pemeriksaan Vagina
- Mengendalikan pesakit (outpatient) yang datang untuk menjalani procedur seperti :
- Dly CTG
- Pemberian Imferon
- Pemberian suntikan HCG (IUI)
- Pemberian IM dexamethasone
- Menerima dan mengendali kes-kes Gynae seperti Ectopic Pregnancy dan Abortion.
- Membantu doktor semasa melakukan scan bagi kes-kes dari A&E dan lain-lain wad. Menemani doktor lelaki yang memeriksa dan melakukan procedur kepada pesakit.
- Mengendalikan pesakit yang perlu menjalani pembedahan kecemasan seperti Emergency Lower Segment Caesarian Section (LSCS) dan menghantar pesakit ke Dewan Bedah.
- Menghantar pesakit yang perlu dimasukan ke wad-wad.
- Mengendalikan kemasukan suami dan menemani isteri (Husband Friendly).
- Mengendalikan waris-waris yang sentiasa bertanya keadaan pesakit didalam Bilik Bersalin.
- Mengikuti ‘Retrievial Team’ sekiranya ada panggilan untuk ‘Flying Squard’ atau kecemasan dan ‘Ambulans Call’.
- Membantu staff di Bilik Bersalin sekiranya ada kes-kes kecemasan seperti ‘Post Partum Haemorrhage’ (PPH) dan Eclampsia.
- Membimbing kakitangan dibawahjagaan supaya mereka dapat memahami dan menjalankan tugas-tugas dengan betul.
- Menjaga alat-alat diwad serta barangan keperluan harian supaya dapat digunakan pada bila-bila masa jika perlu.
- Lain-lain tugas:
- Memeriksa troli kecemasan setiap syif dan memastikan dalam keadaan siap sedia setiap masa.
- Memeriksa stok ubat dan membuat pesanan.
- Memeriksa beg kes seminggu sekali
- Memanggil atau mencari waris pesakit bila-bila perlu sekiranya doktor mahu berjumpa waris atau suami
Bilik Bersalin
- Menerima kemasukan pesakit di Dewan Bersalin dan memberi orientasi kepada pesakit dan memberi penerangan dan sokongan moral kepada waris yang menunggu di luar serta membuat penilaian ke atas pesakit.
- Membuat pendaftaran masuk selepas penilaian dijalankan
- Membuat penilaian segera ke atas ‘progress labour’ pesakit yang baru masuk
- Mengambil Fetal Heart, Vital Sign dan membuat CTG
- Memberi pemerhatian khas kepada pesakit yang hendak bersalin, pesakit yang menghadapi kesulitan dan bayi yang baru lahir.
- Menyambut kelahiran biasa (SVD).
- Membuat episiotomi, menjahit luka dan membuat ‘VE’ untuk menentukan luka di jahit dengan sempurna dan tiada ketinggalan kapas / gauze.
- Membuat persediaan dan membantu doktor semasa prosedur ‘forcep’, ‘vaccum’ dan ‘Manual Removal Of Placenta’.
- Merekod semua kelahiran dalam buku Daftar Kelahiran dan mengisi maklumat dalam borang pendaftaran kelahiran.
- Mengambil kebenaran dari ibu/bapa/waris dan memberi suntikan immunisasi Hepatitis ‘B’ kepada bayi yang baru lahir.
- Melakukan ‘bonding’ dan membantu memulakan penyusuan susu ibu.
- Memberi pendidikan kepada pesakit tentang penjagaan luka episiotomy.
- Membantu doktor melakukan resusitasi bayi yang bermasalah.
- Memastikan bayi diserahkan kepada ibu sebelum dihantar ke Wad Postnatal dan menghantar bayi dan ibu ke Wad Postnatal.
- Menghantar bayi ke Wad NICU dan SCN sekiranya bayi ada masalah setelah diarahkan oleh doktor.
- Sebagai Jururawat yang menjaga, membuat laporan kemajuan pesakit-pesakit dalam masa giliran.
HDU / Eclampsia Room
- Menerima kemasukan pesakit di HDU dan memberi orientasi kepada pesakit dan memberi penerangan dan sokongan moral kepada waris yang menunggu di luar serta membuat penilaian ke atas pesakit.
- Mengambil / melakukan prosedur seperti:
- Tanda vital kekerapan ¼ jam,½ jam,1 jam, 2 jam, 4 jam seperti yang diarahkan oleh Pakar/Pegawai Perubatan
- Pemeriksaan ujian kencing
- Pemasangan CBD
- Monitor kontraksi
- Monitor pain score
- Melakukan CTG
- Monitor pad chart
- Prosedur ‘Blood Transfusion’
- Penjagaan ibu menyusukan bayi bagi kes postnatal (SVD dan Post LSCS) yang memerlukan permerhatian di HDU.
- Menulis laporan harian dan 24 jam dan mengawal Nota pesakit
- Melakukan ‘sponging’ dan menukar pad bagi pesakit yang “Morse Fall Scale’ melebihi 45.
- Membantu ibu ambulasi awal dan menghantar pesakit ke tandas.
- Mengurus pesakit yang perlu dirujuk ke hospital lain dan unit lain contoh wad-wad, Dewan Bedah, X-Ray, ICU serta menghantar pesakit.
- Memberi pendidikan pesakit.
- Memastikan peralatan sentiasa dalam keadaan baik dan PPM dilakukan.