1. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan laporan perubatan?
Melalui surat permohonan (bagi permohonan melalui pos) atau menggunakan borang permohonan (bagi permohonan melalui kaunter di Jabatan Rekod Perubatan)
Cara Permohonan melalui pos
•Membuat permohonan bertulis kepada Pengarah, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (U/P: Jabatan Rekod Perubatan) dengan menyertakan dokumen seperti di bawah (rujuk Tatacara Permohonan Laporan Perubatan):
◦Surat keizinan mengeluarkan laporan perubatan yang ditandatangani oleh pesakit atau waris jika pesakit dibawah umur 18 tahun menggunakan borang permohonan (Muat Turun Borang Permohonan)
◦Sesalinan kad pengenalan pesakit / wariS
◦Sesalinan kad rawatan/ ringkasan discaj/ sijil cuti sakit/ sijil kematian.
•Melampirkan borang jika sekiranya permohonan bertujuan untuk mendapatkan tuntutan insuran, pengeluaran KWSP, PERKESO dan sebagainya (jika berkaitan)
•Membuat bayaran (rujuk jadual caj bayaran) dengan melampirkan wang pos atau cek dan dibayar atas nama Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.
Cara permohonan melalui kaunter di Jabatan Rekod Perubatan
•Pesakit hadir sendiri dengan membuat permohonan melengkapkan borang permohonan
( )dlm.HoSHAS.REK.12.6/ )
Muat Turun Borang Permohonan
•Menyediakan dokumen seperti dibawah (rujuk Tatacara Permohonan Laporan Perubatan):
◦Sesalinan kad pengenalan pesakit / waris
◦Sesalinan kad rawatan/ ringkasan discaj/ sijil cuti sakit/ sijil kematian.
•Melampirkan borang jika sekiranya permohonan bertujuan untuk mendapatkan tuntutan insuran, pengeluaran KWSP, PERKESO dan sebagainya(jika berkaitan)
•Membuat bayaran bagi permohonan laporan perubatan (rujuk jadual caj bayaran)
2. Berapa lama proses untuk mendapatkan laporan perubatan?
Tempoh penyerahan laporan siap kepada pemohon adalah dalam masa 4 minggu hari bekerja.
Selepas 3 minggu dari tarikh memohon, anda boleh menghubungi Bahagian Laporan Perubatan untuk mengetahui status atau perkembangan laporan berkenaan.
Pihak Jabatan Rekod Perubatan akan memaklumkan laporan yang siap melalui surat.
3. Adakah bayaran dikenakan untuk mendapatkan laporan perubatan?
Laporan Perubatan dikenakan bayaran mengikut Jadual Caj Laporan Perubatan:
JENIS LAPORAN |
* WARGANEGARA |
** WARGANEGARA ASING
|
Laporan Perubatan Biasa oleh Pegawai Perubatan |
RM 40 |
RM 120 |
Laporan Perubatan Biasa oleh Pakar (Laporan Ringkas Pakar) |
RM 80 |
RM 240 |
Laporan Terperinci oleh Pakar |
RM 200 - RM 1,000 mengikut kerumitan |
RM 400 - RM 2,000 mengikut kerumitan |
Catatan : * Rujuk Perintah Fi (Perubatan) 1982
** Rujuk Perintah Fi Perubatan (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014
4. Adakah waris atau pihak ketiga dibenarkan memohon laporan perubatan pesakit atau simati setelah mendapat keizinan daripada keluarga pesakit atau simati?
Waris atau pihak ketiga dibenarkan memohon laporan perubatan pesakit atau simati dengan mematuhi syarat berikut:
5. Adakah boleh wakil mengambil laporan perubatan yang telah siap?
Boleh. Bagi pungutan melalui kaunter, hanya pesakit atau wakil yang membawa Surat Turun Kuasa sahaja yang dibenarkan mengambil laporan.